18 March 2016

Labur RM50 juta di P. Pinang, Atotech harap produktiviti ke Asia Tenggara berkembang

KETUA Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng (kanan) saling berinteraksi dengan Reinhard Schneider (tengah) mengenai iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, sambil disaksikan oleh seorang pemimpin Atotech, semasa melawat kilang baharu di sini baru-baru ini. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BUKIT TAMBUN - Atotech baru melabur RM50 juta dengan membuka sebuah kilang produk berasaskan kimia di Pulau Pinang, sungguhpun pengeluarannya dalam pasaran global sedikit menguncup dalam tempoh tiga bulan sejak hujung tahun lalu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap pemilihan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan akan mengembang kembali produktiviti syarikat dari Jerman itu ke peringkat Asia Tenggara.

"Dalam iklim ekonomi tidak menentu, terbukti bahawa Pulau Pinang masih berdaya tahan dan masih berdiri sebagai destinasi pelaburan pilihan.

"Selain Atotech, kami (Pulau Pinang) berbangga kerana sebahagian besar pelaburan langsung asing (FDI) ini adalah dari Jerman, seperti Bosch, B Braun, KMWE, Multitest, Zestron dan Osram," jelas Guan Eng pada Majlis Pembukaan Kilang Baharu Atotech (Malaysia) Sdn. Bhd. di Taman Sains Pulau Pinang dekat Batu Kawan, 11 Mac lalu.

8 Mac lalu, Pulau Pinang baru menerima pelaburan RM100 juta dalam tempoh lima tahun, KLS Martin, iaitu sebuah firma peranti perubatan terkenal dari Jerman juga.

Difahamkan, Atotech sejak tahun 1998 lagi melabur di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, dan terbaru melabur RM50 juta lagi di negeri ini sahaja.

Sekarang, firma itu mempunyai 30 pekerja, dan dijangka meningkat pada angka 50 orang kelak.

Guan Eng berharap, Atotech turut dapat bekerjasama dengan agensi negeri, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dalam meningkatkan pengalaman mahir di kalangan pelatih tempatan.

Ini kerana katanya, di PSDC ketika ini sedang melaksanakan sistem pendidikan vokasional antarabangsa daripada Jerman di pusat latihan itu.

Sebelum itu, Presiden Atotech, Reinhard Schneider melahirkan harapan bahawa pelaburan ke Pulau Pinang akan mengembangkan semula potensi pemasaran firma itu, khusus di peringkat Asia Tenggara.

"Di Pulau Pinang, kami (Atotech) dekat dengan kedua-dua pelanggan berpotensi dan pelanggan sedia ada. 

"Ini, membolehkan kami (Atotech) lebih memahami keperluan mereka serta iklim persaingan semasa.

"Lagipun, Pulau Pinang menawarkan (guna tenaga) profesional mahir yang boleh menyokong pelan pembangunan masa depan kami," jelas Reinhard Schneider.

Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Dato' Lee Kah Choon, Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC), Loo Lee Lian (Pengurus Besar Invest Penang), Dato' Maimunah Mohd. Sharif  (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) serta Pengarah Lembaga Pelaburan Perindustrian Malaysia (MIDA) Pulau Pinang, Puan Azhana Mohamed Saleh turut sertai majlis itu.

Pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun 2014 direkodkan sejumlah RM8.2 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 110 peratus berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2013.

Dalam tempoh tujuh tahun mulai 2008 hingga 2014 di bawah pentadbiran Guan Eng, pelaburan ke negeri ini direkodkan berjumlah RM48.2 bilion dan menyamai peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding Kerajaan Negeri era Barisan Nasional terdahulu.

Selama tujuh tahun mulai 2001 hingga 2007 di bawah Kerajaan Negeri terdahulu, pelaburan ke Pulau Pinang berjumlah RM24.9 bilion sahaja.

Guan Eng tempelak Menteri isu harga maksimum rumah Pulau Pinang RM400,000

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Akhirnya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan seakan mengaku bahawa Kerajaan Pusat yang menetapkan harga maksimum rumah mampu milik di negara ini,  termasuk di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sebelum ini Abdul Rahman menuduhnya berbohong apabila menyatakan Kerajaan Persekutuan lah yang menentukan harga maksimum RM400,000, dan bukannya Kerajaan Negeri.

"Rahman Dahlan bagaikan 'meludah ke langit, terkena muka sendiri' apabila secara tidak langsung dalam kenyataannya semalam, mengakui Perdana Menteri dan PR1MA menetapkan harga jualan maksima untuk rumah mampu milik sebanyak RM400,000 pada Bajet 2013," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen kepada pemberita di sini tengah hari tadi.

Di Parlimen 16 Mac lalu, Abdul Rahman dilaporkan menuduh Guan Eng berbohong mengenai isu siling harga rumah mampu milik RM400,000 bukan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Dalam reaksi balas, Guan Eng mengemukakan Laporan Ekonomi 2013/2014 serta ucapan Najib semasa membentangkan Bajet 2013.

Dalam ucapan belanjawan Pusat itu, antara lain tertera, "Demi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan di bawah RM3,000, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertama-Ku pada Mac 2011.

"Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan untuk menaikkan had harga rumah maksimum daripada RM200,000 kepada RM400,000. 

"Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012."

Susulan itu, Abdul Rahman mengaku bahawa Perdana Menteri yang menetapkan harga maksimum rumah Kerajaan, melalui Skim Rumah Pertama-Ku dan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Dalam respons Guan Eng tengah hari ini, Abdul Rahman turut didakwa berdalih sahaja apabila menyebut, "walaupun PR1MA dibenarkan untuk menjual rumah di paras harga maksima RM400,000, namun 84 peratus unit di bawah PR1MA tetap dijual di bawah harga RM300,000", demi lari daripada isu pokok.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun, Ramkarpal Singh  (Ahli Parlimen Bukit Gelugor), Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap ADUN Datuk Keramat) dan Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) turut sertai sidang media bersama-sama Guan Eng tengah hari tadi.

Bakal gabenor baru Bank Negara 'berkepentingan' dalam 1MDB?



Zainulfaqar Yaacob*

KETUA Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan disebut-sebut sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu.

Jika sahih, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak lama lagi.

Mohd Irwan Serigar diketahui umum sebagai salah seorang pentadbir korporat (corporate governance) bagi syarikat pelaburan 1Malaysia Development (1MDB).

Sehingga kini, pelaburan 1MDB masih diragui dan sedang disiasat oleh beberapa agensi integriti tempatan hingga badan antarabangsa.

Malah, pelaburan 1MDB yang meragukan ini turut disiasat oleh BNM dan tidak lama lagi Mohd Irwan Serigar akan menjadi gabenor Bank Negara baharu?

Bagaimana seseorang yang syarikat korporat di bawahnya sedang disiasat oleh BNM sendiri, layak dilantik sebagai gabenor Bank Negara?

Jika beliau melepaskan jawatan korporatnya di 1MDB sekalipun, akan ada konflik kepentingan kerana kedudukannya di BNM turut akan memelihara kepentingan dalam 1MDB.

Ini kerana, kemusnahan kepentingan 1MDB yang diragui banyak pihak itu, sekali gus akan menjerut kepentingan Mohd Irwan Serigar, akhirnya.

Ini, isu integriti. Selepas integriti Kementerian Kewangan diragui kerana terlalu melindungi kepentingan 'pelaburan misteri' 1MDB, takkan ketua setiausaha perbendaharaan mahu dilantik menjadi gabenor Bank Negara pula?

Baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan ayahanda Abdul Rani Kulop menjadi gabenor Bank Negara.

Sekurang-kurangnya selebriti "Kipidap" itu tiada kepentingan dalam 1MDB semacam Mohd Irwan Serigar.

Jenaka!


____________
ZAINULFAQAR merupakan Timbalan Pengerusi II PasMa Pulau Pinang. 

Guan Eng beli rumah RM2.8 juta pelawa Shabudin Yahaya bersemuka 20 Mac

Oleh: ZAINULFAQARYAACOB 

GEORGE TOWN - Datuk Shabudin Yahaya dijemput bersemuka selepas mengaitkan pembelian sebuah rumah oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dengan penjualan penjualan tanah milik Kerajaan Negeri dekat Taman Manggis pada tahun 2012 lalu.

"Saya membeli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan daripada pemaju swasta tetapi daripada individu persendirian.

"Saya membeli dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai, berdasarkan apa yang saya terima sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat.

"Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan...marilah bersemuka secara fakta dan angka, di depan media massa di pejabat saya di Komtar pada Ahad, 20 Mac ini jam 11.00 pagi," tegas Guan Eng kepada pemberita tengah hari tadi.

Memetik laporan Malaysiakini baru-baru ini, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor merangkap Pengerusi PERDA turut mendakwa projek rumah kos rendah sepatutnya di atas tanah Taman Manggis, dengan membuat implikasi bahawa Guan Eng membeli rumah dengan harga yang rendah adalah bentuk sogokan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus