Skip to main content

Posts

Showing posts from October 2, 2012

Bajet 'Minta Nyawa' 2013: Mengapa Najib Razak sasar defisit bajet turun 4.5 peratus?

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anggar defisit bajet akan menurun daripada 4.5 peratus pada tahun 2012 pada "hanya" 4.0 peratus pada tahun ini seperti yang terkandung dalam Bajet 'Minta Nyawa' 2013.Gambaran "berasa seronok" (feel good) sengaja diada-adakan untuk menyembunyi prestasi urus tadbir pincang Kerajaan Barisan Nasional Pusat sebenar yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan.Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Bagi Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion telahpun diumumkan dalam ucapan bajet di Dewan Rakyat pada tahun lepas.Tetapi, Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diedarkan di Parlimen baru-baru ini menyaksikan jumlah perbelanjaan Bagi tahun 2012 adalah dianggarkan sebanyak RM252.4 bilion.Angka itu menunjukkan pertambahan sebanyak kira-kira RM20 bilion daripada unjuran yang digariskan sendiri oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.4.5 peratus anggaran defisit bajet hanya "wayang politik" untuk menutup rekod amalan urus tadbir…

Rebat RM200 telefon pintar 3G "ekonomi bodoh Najib" -Rafizi Ramli

PEMBERIAN rebat RM200 secara one-off bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam penentangan Bajet 'Minta Nyawa' 2013 didakwa hanya akan menguntungkan kroni Umno Barisan Nasional sahaja.

Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, peruntukan rebat keseluruhan yang berjumlah RM300 juta itu sudah tentu sah digunakan di kedai-kedai telefon pintar yang dilantik oleh kroni.

Justeru katanya lagi, inisiatif tersebut  dianggap sebagai "langkah bodoh Najib" yang nyata lebih menguntungkan kroni berbanding keperluan sebenar belia terbanyak di tanah air ini.

"Ia hanya satu pengumuman bodoh.Berapa harga sebuah telefon pintar? Harga purata sekitar RM1,000.

"Jika anak muda mahu menikmati rebat  RM200, dia terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar...jadi, peniaga mendapat  RM800 (lagi).

"Jika anda tidak menggelarkan RM800, anda tidak akan menda…