08 May 2015

Berani rentas Selat P.Pinang wajar dipuji – Chong Eng

CHOW Kon Yeow (paling kiri) dan Ong Poh Eng (paling kanan) merakamkan gambar dengan Serge Dominichini dan dua pemenang lain pada Majlis Penutupan Kejohanan Renang Antarabangsa Merentasi Selat Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kejohanan Renang Antarabangsa Merentasi Selat Pulau Pinang 2015 yang baru dilangsungkan buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun di negeri ini cukup mencabar keberanian para peserta berwajib.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dalam ucapannya memuji para perenang yang berani merentasi selat sepanjang kira-kira 6.5 kilometer tersebut, walaupun masing-masing terkena sengatan obor-obor.

"Sengatan obor-obor itu memang tidak dapat dielakkan lagi kerana habitat itu memang berada di dalam perairan Selat Pulau Pinang, tetapi keberanian para perenang dari dalam negara dan antarabangsa sangat saya dipuji.

"Dalam kejohanan akan datang, jika ada lagi di Pulau Pinang, mereka mestilah mempertimbang untuk memakai pakaian renang yang lebih sesuai agar dapat mengurangkan risiko sengatan (obor-obor)," jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang semasa dihubungi wartawan di sini baru-baru ini.

Majlis pembukaan kejohanan bersejarah itu dirasmikan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Manakala, acara perasmian penutup kejohanan tersebut pula disempurnakan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow, dengan diiringi oleh Timbalan Pengerusi II MSNPP, Dato' Ong Poh Eng.

Difahamkan, kejohanan kali ini menerima 169 penyertaan, iaitu 146 dari negara China, 20 warganegara, dua peserta dari Singapura dan baki seorang lagi dari Perancis.

Masing-masing berenang dari persisiran Pantai Bersih di Bagan Ajam, dekat Seberang Perai Utara (SPU) merentasi perairan Selat Pulau Pinang, dan berakhir di persisiran pantai di Jalan Sultan Ahmad Shah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota.

Warganegara, Tan Kuan Ling, 42, berkata, beliau bersama-sama jurulatih renang beliau masing-masing mengaku bahawa mereka mengetahui mengenai risiko disengat obor-obor, tetapi masih teruja untuk menyertai kejohanan bersejarah tersebut.

“Saya juga disengat beberapa kali sebelum menyelesaikan cabaran renang ini,” kata Kuan Ling yang juga seorang ahli perniagaan di Bukit Mertajam.

Kuan Ling direkodkan berjaya menduduki tempat kedua dalam Kategori Terbuka Wanita, dengan catatan renang tiga jam, dua minit dan tiga saat.

Sementara itu, perenang antarabangsa dari China, Zhang Xu Na, 61 turut mengaku disengat obor-obor beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan cabarang renang, dengan menduduki tempat keenam dalam Kategori Terbuka Wanita.

"Saya telah disakiti pada pergelangan tangan dan kaki saya," kata beliau selepas mencatatkan masa dalam tiga jam, 41 minit dan 45 saat.

Nada sama turut dikongsi oleh perenang antarabangsa dari Perancis, Serge Dominichini, 48, yang muncul sebagai juara Kategori Terbuka Lelaki dengan catatan masa satu jam, 47 minit dan 22 saat.

"Saya telah disengat kira-kira lima kali pada pergelangan tangan saya, perut, muka dan pergelangan kaki," kata Dominichini, yang bekerja sebagai pengurus minyak dan gas di Kuala Lumpur.

Kejohanan bersejarah tersebut dianjurkan secara bersama antara Persatuan Perenang Amatur Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Kejohanan ini dianjurkan di negeri ini selepas Kerajaan Negeri bersetuju dengan hasrat sebuah pertubuhan renang dari China untuk mengadakan sebuah kojohanan renang merentasi selat, beberapa bulan lepas.

Kemenangan di Permatang Pauh ajar rakyat saling bekerjasama untuk goncang kezaliman GST!




"Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya."


* Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900


Menang Permatang Pauh referandum rakyat tolak GST - “Kak Wan”

(Dari kiri, depan) MOHAMAD Sabu, Ketua Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mohamed Azmin Ali dan Mohd. Rashid Hasnon pada sidang media selepas pengumuman rasmi keputusan PRK P.044 Parlimen Permatang Pauh di IKBN di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya mempertahankan kemenangan bagi kerusi Ahli Parlimen Parmatang Pauh yang pernah disandang oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini dengan 8,841 undi majoriti.

Dr. Wan Azizah yang lebih mesra dipanggil “Kak Wan” mendapat 30,316 undi.

Manakala, calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin, Salleh Isahak (BEBAS) dan Azman Shah Othman masing-masing mendapat 21,475 undi, 367 undi dan 101 undi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya memberitahu

“Kemenangan pada hari ini khususnya majoriti pengundi-pengundi Permatang Pauh mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

“Ini bukan kemenangan KeADILan (PKR) sahaja, tetapi adalah kemenangan rakyat yang menentang kezaliman BN ke atas saudara Anwar Ibrahim.

“Kemenangan ini juga merupakan suatu referandum rakyat yang menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” ujar Dr. Wan Azizah pada sidang media di Pusat Pejumlahan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini pada 7 Mei lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Tuan Haji Mohamad Sabu (Ahli Lembaga Pengarah Perbadadana Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP), Dato' Mohamed Azmin Ali (Menteri Besar Selangor), Dato' Mansor Othman (Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang) turut menyertai sidang media yang dilangsungkan di Pusat Pejumlahan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Berapit di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan semua Exco Kerajaan Negeri yang lain.

Terdahulu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013 lalu, Anwar berjaya mendapat 37,090 undi dengan 11,721 undi majoriti, menewaskan calon BN, Dr. Mazlan Ismail (25,369 undi) dan Dr. Abdullah Zawawi Samsudin (201 undi).

Dr. Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal mulai tahun 1999 hingga 2008, sebelum memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi “tradisi” itu melalui suatu PRK.

Pada PRK tersebut, Anwar berjaya mendapat 31,195 undi dengan 15,671 undi majoriti melalui PRK 2008, selepas laluan diberikan oleh Dr. Wan Azizah sendiri.

Calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM, Hanafi Hamat yang mencabar Anwar semasa itu masing-masing mendapat 15,524 undi dan 92 undi.

Dan, PRK P.044 Parlimen Permatang Pauh yang dilangsungkan baru-baru ini adalah berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya, sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar, sejak 10 Februari lepas sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes 'Fitnah Liwat II' membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selepas kembalinya Dr. Wan Azizah ke Dewan Rakyat tidak lama lagi, wanita itu turut disebut-sebut akan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, mewakili blok oposisi Pakatan Rakyat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus