Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
PENANTI - Datuk
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya mempertahankan kemenangan bagi
kerusi Ahli Parlimen Parmatang Pauh yang pernah disandang oleh
suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
baru-baru ini dengan 8,841 undi majoriti.
Dr. Wan Azizah yang lebih
mesra dipanggil “Kak Wan” mendapat 30,316 undi.
Manakala, calon Barisan
Nasional, Suhaimi Sabudin, Salleh Isahak (BEBAS) dan Azman Shah
Othman masing-masing mendapat 21,475 undi, 367 undi dan 101 undi.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya memberitahu
“Kemenangan pada hari
ini khususnya majoriti pengundi-pengundi Permatang Pauh mahukan
sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.
“Ini bukan kemenangan
KeADILan (PKR) sahaja, tetapi adalah kemenangan rakyat yang menentang
kezaliman BN ke atas saudara Anwar Ibrahim.
“Kemenangan ini juga
merupakan suatu referandum rakyat yang menolak pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu, amalan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa,” ujar Dr. Wan Azizah pada sidang media di
Pusat Pejumlahan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini pada 7
Mei lepas.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng, Tuan Haji Mohamad Sabu (Ahli Lembaga Pengarah
Perbadadana Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP), Dato' Mohamed Azmin Ali
(Menteri Besar Selangor), Dato' Mansor Othman (Pengerusi Yayasan
Islam Pulau Pinang) turut menyertai sidang media yang dilangsungkan
di Pusat Pejumlahan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Berapit di sini.
Hadir sama, Timbalan
Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan semua Exco Kerajaan
Negeri yang lain.
Terdahulu, dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013 lalu, Anwar berjaya mendapat
37,090 undi dengan 11,721 undi majoriti, menewaskan calon BN, Dr.
Mazlan Ismail (25,369 undi) dan Dr. Abdullah Zawawi Samsudin (201
undi).
Dr. Wan Azizah pernah
menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal mulai tahun
1999 hingga 2008, sebelum memberi laluan kepada Anwar bertanding di
kerusi “tradisi” itu melalui suatu PRK.
Pada PRK tersebut, Anwar
berjaya mendapat 31,195 undi dengan 15,671 undi majoriti melalui PRK
2008, selepas laluan diberikan oleh Dr. Wan Azizah sendiri.
Calon BN, Dato' Arif Shah
Omar Shah dan calon AKIM, Hanafi Hamat yang mencabar Anwar semasa itu
masing-masing mendapat 15,524 undi dan 92 undi.
Dan, PRK P.044 Parlimen
Permatang Pauh yang dilangsungkan baru-baru ini adalah berikutan
keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen
pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya,
sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai
wakil rakyat.
Anwar, sejak 10 Februari
lepas sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes
'Fitnah Liwat II' membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd.
Saiful Bukhari Azlan.
Selepas kembalinya Dr.
Wan Azizah ke Dewan Rakyat tidak lama lagi, wanita itu turut
disebut-sebut akan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen
Malaysia yang baru, mewakili blok oposisi Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment