Skip to main content

Posts

Showing posts from May 5, 2015

Jangan zalimi petani Permatang Pauh, Dr. Afif nasihat Menteri Pertanian

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin petang tadi menasihatkan Kerajaan Pusat supaya tidak mengancam kaum petani yang kemungkinan akan mengundi calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh kali ini.
Beliau berkata demikian, sebagai reaksi pada kenyataan berterus-terang Menteri Petanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang mengingatkan pengundi berwajib supaya melupakan terus peruntukan daripada kementeriannya, jika masih memenangkan calon Pakatan Rakyat berkenaan.
"Sebagai sebuah Kerajaan, baik Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) atau Kerajaan Pusat, program bantuan, kebajikan atau sumbangan serta dasar yang kita buat kena ambil kira semua orang, tanpa mengira perbezaan pandangan politiknya, bangsanya, beza agamanya dengan kita.
"Mana boleh sebuah kerajaan yang pemimpinnya berkata jika begini-begini berlaku pada pilihan ray…

Pesakit buah pinggang bertambah membimbangkan - Exco Kesihatan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PULAU BETONG - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri turut bimbang dengan jumlah pesakit buah pinggang yang kian meningkat saban tahun, sehingga angka 31,637 orang direkodkan pada penghujung bulan Disember tahun lepas.
Justeru, beliau mengulangi hasrat Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Pusat Dialisis CAT di semua daerah, sebagaimana yang telahpun dibuka peringkat Daerah Barat Daya di Balik Pulau.
"Kerajaan Negeri turut menyedari bahawa Pusat Dialisis CAT ini sangat diperlukan kerana kita bimbang dengan bilangan pesakit buah pinggang saban tahun meningkat.
"Bukan setakat itu sahaja, Program Saringan Mammogram Percuma Kerajaan Negeri untuk semua pengundi wanita berdaftar berusia 35 tahun dan ke atas di negeri ini, kerana kita sedar bahawa satu daripada setiap 20 wanita di negara ini turut berisiko untuk mengidapi kanser payudara," jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan…

MPSP ada lima 'sijil' disenarai The Malaysia Book of Records - Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapat pengesahan disenarai dalam The Malaysia Boook of Records pada 13 April lepas, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pertama yang menerima lima Pensijilan Sistem Pengurusan berteraskan kualiti.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Shahrif memberitahu, PBT berkenaan berjaya mendapat Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS), Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS), Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS), Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS) dan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS).
"Selain daripada penyenaraian di dalam Malaysia Book of Records, MPSP juga telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan bandar raya Seoul di Korea mengenai dasar alam sekitar dan pertukaran teknologi pada 9 April lepas" jelas Maimunah pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di…

Exco Perumahaan gesa Pengerusi PR1MA baru ‘konsistan’

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai Pengerusi Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang baru digesa menyatakan pendirian yang lebih konsistan mengenai rancangan Kerajaan Pusat membina rumah mampu milik berwajib di Pulau Pinang.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo memberitahu, gesaan tersebut dibuat melalui suatu surat rasmi kepada Ali Hamsa baru-baru ini.
Jagdeep turut merakamkan ucapan takziah kepada atas pemergian bekas Pengerusi  PR1MA, Allahyarham Tan Sri Ir. Dr. Jamaluddin Jarjis yang terlibat dalam satu tragedi kamlangan udara baru-baru ini.
"Dalam surat itu, saya menuntut penjelasan mengenai status pelaksanaaan PR1MA kerana dia (Ali Hamsa) adalah Pengerusi (PR1MA) yang baru.
"Sebab utama adalah sebelum dia (Ali Hamsa), terdapat pelbagai kenyataan daripada beberapa wakil Kerajaan Persekutuan yang semuanya tak konsistan," ujar Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undanga…