Skip to main content

Posts

Showing posts from January 30, 2016

AL-DALALAH MENURUT ULAMA HANAFI

"Ad-Dalalah" atau lafaz berasaskan penunjukkannya kepada makna yang dikehendaki adalah suatu topik yang menarik dalam ilmu Usul Fiqh.

Ada dua metodologi:
A. Ulamak Hanafi
B. Jumhur Mutakallimin

Menurut Mazhab Hanafi, ada empat bahagian:

1. Ibarat Al-Nas
Iaitu petunjuk lafaz kepada makna yang dimaksudkan, sama ada maksud itu asli atau tidak.

Contoh: Nas Poligami

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ 
Maksud:
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

[Surat An-Nisa' 3]

Maksud Asli:
Ayat ini menghadkan bilangan isteri sampai empat sahaja.

Makna Tidak Asli:
Ayat ini menjelaskan keharusan bernikah

2. Isyarat Al-Nas
Iaitu, petunjuk lafaz pada makna yang tidak dimaksudkan oleh lafaz sama sekali, tetapi ia adalah makna lazol bagi makna ya…