Skip to main content

Posts

Showing posts from March 4, 2015

Termakan spaghetti babi dimaafkan Allah, kata myIKUT kepada Saudara Baru

SOALAN:
Rakan kolej saya masak spaghetti tanpa daging babi, tetapi terberi spaghetti babi dan saya telah makan sampai habis, baru tahu hal ini. Apakah yang perlu saya lakukan atas kesalahan ini?

JAWAPAN
Islam agama rahmat, dan bukanlah suatu kesalahan bagi umat ini termakan daging kinzir secara tidak sengaja.
Jika alpa atau terlupa pun, tidaklah salah.
Bahkan, jika dipaksa memakan atau melakukan sesuatu yang haram sekalipun, adalah tidak salah.
Sesungguhnya Allah S.W.T. yang Maha Pemaaf memaafkan umat Rasulullah S.A.W. kerana tersalah, terlula atau terpaksa.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Sesungguhnya Rasulullah shallallahu S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah ta’ala memaafkan umatku karena aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa.“
[Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya]

PENGAJARAN
1. Allah ta’ala mengutamakan umat ini dengan menghilangkan berbagai kesulitan dan memaafkan dosa kesalahan dan lupa.
2. Sesungguhnya Allah ta’a…

Jual PR1MA pun tanpa diskaun lima peratus, respons Jagdeep Sing Deo

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) pun dijual kepada Bumiputera tanpa diskaun lima peratus kerana semua ketegori perumahan tersebut telahpun disubsidi serta harganya dikawal oleh kerajaan.
Justeru, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, sepucuk surat berwajib yang diviralkan di internet baru-baru ini hanya mencerminkan Kerajaan Negeri mengamalkan polisi sedia ada yang digariskan oleh Kerajaan Pusat.
"Tiada diskaun lima peratus untuk Bumiputera ini bukan hanya di Pulau Pinang sahaja, tetapi, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah Kerajaan Pusat pun dijual tanpa diskaun lima peratus kepada Bumiputera atau bukan Bumiputera.
"Jadi, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) seperti negeri-negeri lain, tidak boleh memberikan diskaun yang lebih kerana harga rumah yang sedia ada telahpun didiskaun.
"Maka, surat ini adalah suatu pemberitahuan dan peringatan yang diikuti oleh Kerajaan Negeri, ia bukanla…

Doktor pakar pun tak boleh cabut gigi sendiri, Nik Zawawi...

PEMILIHAN MUKTAMAR ADALAH SYURA DEMOKRATIK YANG MENDEKATI MAKSUD IJMAK

"Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai ‘tidak senonoh’ dalam perjuangan Islam,” kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh kepada Sinar Online, semalam.

Respons saya begini, kalau ada pun orang nak bertanding jawatan Presiden PAS, harap disokong juga pencalonan Tuan Guru Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS yang baru.

Saya nak nasihat Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat supaya sederhanalah dalam proses musim Muktamar, kerana Muktamar ini adalah proses pemilihan dan suatu bentuk syura demokratik yang mendekati maksud ijmak.

Doktor gigi yang pakar pun kalau nak cabut gigi sendiri, kena minta bantuan doktor yang lain. 

Jangan ingat semua benda Nik Zawawi mampu buat dalam dakwah Islamiah melalui wadah PAS ini.

Harap Nik Zawawi boleh terima seadanya ses…