Skip to main content

Posts

Showing posts from June 18, 2013

Pandan muka Aduka Taruna, **Atas balak, bawah wala'**

Ini cerita politik Kelantan!

NOTA DARI FESBUK
"Wala' hanya untuk ahli parti kasta bawah.Ahli parti kasta atas boleh tolak arahan PAS Pusat untuk hadir Padang Merbuk?"
jerit Aduka Taruna

NOTA LAWAN "Timb Pesuruhjaya PAS II dia pun dia tak wala', mau ka dia wala' dengan program lawan Najib di Padang Merbok tu?
Nik Abduh kata, Wala' kepada Ulamak Pas 'Maksum Muqayyad'!
Din Ayam, hang jangan lawan. Dia itu fooolamak. Pagi malam bergantung di jubah Tok Mentua.
Yang saya faham pula, Wala' nak ikut al-Quran pun boleh, ikut nafsu lagi-lagi boleh.
Yang sebetulnya, wala' ini ada mutlaq dan muqayyad. Sebelum saya jadi Ustaz Gila aka UG, saya sempat menulis Polemik Hudud yang Umno tajamkan rupa-rupanya harmonikan ideologi PAS, DAP.
Ok lah. Berenti takat ni dulu. 
Saya ada Usrah Gabungan di Sungai Dua. Saya nak fitnah Dr Nasir Hashim makan pil kuda, Dr Dzulkifly Ahmad ulaq daun.
Wasalam. 

Tolak doktrin "jangan minta jawatan" sebab Nabi Yusof layak

"KALAU nak Kedah menang balik, sesiapa pun tak payah bertanding. PAS bukannya kelapaq jawatan. Jauh lagi lah nak merampas balik Kerajaan Negeri itu," itu loyar buruk.

Selalu saya dengaq, "jangan minta jawatan".

Lambat laung, kerusi Sungai Limau atau kerusi-kerusi lain di Kedah pun perlu buat persiapan supaya tidak berebut nak jadi calon sampai tak layak mendapat pertolongan Allah.

Kira, itu nasihat yang baik daripada SetPol Azizan Razak. Semua kena sami'na wa a'to'na.

Kedah kalah dulupun sebab semua berebut jawatan kot, bukannya sebab rakyat tolak pentadbiran Azizan Razak.

Yang berebut jawatan seorang dua orang saja. Yang beratus ribu pengundi Kedah tolak PAS tu pasai apa?

Hangpa bukan ada jawatanpun.

Patut Tuhan tolong PAS menang baru-baru ini sebab majoriti hangpa bukan berebut jawatan dan sudah cukup untuk mendapat kemenangan. 

Isunya di sini, "jangan berebut jawatan" dalam jamaah. Dalam parti ada SPR pun berubut jadi Senator sebab boleh du…

Jangan periksa fizikal Menara Umno dan bunuh Cina pun Anwar yang suruh kah kah kah

BLOGGER Anak Sungai Derhaka baru melaporkan reaksi pemimpin Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan di sebalik insiden di Menara Umno P.Pinang.

Isu Menara UMNO Pulau Pinang.. Tanya sama itu Anwar Ibrahim laa...

Sebelum ini saya ada menulis: "PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA."   Kalau dah semua nak bertanya, jangan periksa fizikal Menara Umno dan bunuh Cina pun takkan Anwar juga yang suruh? kah kah kah

Macai boleh jawab...

RM5,000 untuk keluarga Allahyarham Tajuddin

"Guan Eng tolong keluarga mangsa di Menara Umno P.Pinang sebab yang mati itu dua Cina. Guan Eng tak tolong yang mati di Jambatan II P.Pinang itu sebab yang mati itu Melayu. Ini fitnah macai Umno." - Faqar Usrah Gabungan (UG)



BALU Allahyarham Tajudin Zaimal Abidin, 45, yang maut ditimpa tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 6 Jun lepas menerima bantuan ehsan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri.

Adik Allahyarham Khairudin, 44, Laldin, 39, semasa menerima bantuan itu merakamkan penghargaan dalam satu majlis bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, di sini baru-baru ini.

Hadir bersama, dua balu Allahyarham, Shara Ismail, 45, dan Sharifah Ramli, 40.

Empat cahaya mata Allahyarham, Izzaty Syahirah, 12, Nur Izzaty Syafiqah, 8, Nur Aina Syazwani, 11 dan Nur Ain Maisara, 7, turut hadir pada majlis itu.

Guan Eng dalam reaksi balas melahirkan rasa simpati apabila mengenangkan anak-anak Allahyarham yang masih kecil.

Setiasuaha Agung DAP itu berkata pihaknya …

Patriotik Umno dalam Honda Accord, Valkswagen laa

Kerajaan Pakatan Rakyat pernah digambarkan tidak patriotik kerana menggunakan Toyota Camry 2.4.
Kroni-kroni Umno yang selama ini makan duit penyelenggaraan kereta-kereta Exco berputih mata. Itu rahsia umum yang lama.

Patut blogger Anak Sungai Derhaka tak ungkit cerita lama. Dulu kerana tak guna Perdana dilabel tak patriotik... Sekarang?

The Malaysian Insider lapor, Najib Razak umum tukar semua Proton Perdana V6 di Putrajaya dengan Honda Accord.

Pahang lagi patriotik, pakai VolkswagenPassat.

"Patriotik sebenar bukan dalam Hinda Accord atau Valkswagen Passat, patriotik kami dalam hati laa..." kata kroni Umno yang dapat tender AP. 

Selamat jalan kereta nasional, ProtonJahabar Sadiq, PengarahSisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang ole…

Mengapa Zahid ghenyeh macam kerang busuk apabila menara Umno P.Pinang runtuh?

Zahid yang dikenali selepas dilantik menjadi Menteri Pertahan adalah seorang yang serius.

“Kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia,” jerkah Zahid. Naib Presiden Umno itu maksudkan, 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat patut keluar dari Malaysia kalau tidak boleh menerima penipuan PRU13 serta 'perdana menteri minoriti' Najib Razak.

Tersengeh macam kerang busuk ini bukan perangai semula jadi Zahid.

Apabila Zahid memeluk Kit Siang dan cuba bersandiwara baik dengan Guan Eng sampai ketua menteri itu pun tak selesa, tentu ada tidak kena dengan lawatan mengejutnya kawasan kejadian runtuhan konkrit di Menara Umno Pulau Pinang baru-baru ini.

Tengah hari tadi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP arah empunya bangunan itu menyediakan laporan kestabilan dan keselamatan bangunan dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

Saya ada memberi reaksi spontan mengenai isu tersebut.
"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANG…

Lapor Menara Umno P.Pinang runtuh tujuh hari :Guan Eng

"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA," - FAQAR USTAZ GILA



TUJUH Tujuh hari diberikan kepada pemilik Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Machalister di sini untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai insiden runtuhan sebahagian konkrit serta tiang penebat kilat atau sedia berdepan tindakan lanjut daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika gagal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri serta orang awam wajar diberitahu mengenai perkara sebenar di sebalik insiden yang meragut dua jiwa itu.

"Ini (bahagian runtuhan) adalah dalam satu struktur konkrit (bersama-sama bangunan menara), bukannya binaan tambahan.

"Sepatutnya konkrit itu stabil dan tidak runtuh," ujar Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof.P.Ramasamy (Timbala…

Turun harga kereta palsu punca Utusan, Najib dipertikai

UTUSAN Malaysia didakwa menyiarkan laporan palsu mengenai harga kereta import turun baru-baru ini sebagaimana dijanji dalam manifesto Barisan Nasional terus dipertikai.

Ketua Menter Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng (kanan) berkata, pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot telahpun menafikan turun harga kenderaan masing-masing tahun ini.

Justeru, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk mengembalikan integriti dalam lidah rasmi Umno tersebut terlebih dahulu, sekiranya pentadbiran Perdana Menteri berkenaan berhasrat untuk mengawal media sosial seperti facebook dan blog di negara ini.

"Semoga Barisan Nasional yang diterujui Kerajaan (Pusat) lebih serius dalam mengambil tindakan (ke atas laporan Utusan itu)," ujarnya di Komtar, George Town baru-baru ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia pada 10 Jun lepas menyiarkan laporan penurunan harga 10 kereta dalam pasaran domestik, - iaitu Volkswagen, Peugeot, Honda dan Marques serta kereta tempatan Proton dan Perodua - sehingga 11 pera…