Skip to main content

Posts

Showing posts from January 4, 2016

Guan Eng harap Najib Razak segera lulus bajet tangani banjir RM997 juta untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap segera meluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) berjumlah RM997juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam suratnya kepada Najib pada 23 Disember lalu memberitahu, jumlah peruntukan itu berdasarkan permohonan yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang.
"Permohonan kelulusan peruntukan ini berjumlah RM997 juta berbanding permohonan sebelum ini berjumlah RM805 juta.
"Pindaan permohonan peruntukan ini adalah berpandukan kepada beberapa pertambahan skop di bawah RTB Lembangan Sungai Pinang dengan mengambilkira kos bagi perobohan struktur sedia ada, pembinaan sistem pemantauan banjir, menaiktaraf terowong air di cabang Sungai Pinang dan pengindahan koridor sungai," jelas Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pene…