01 April 2016

Pusat beli belah sedia baucer, galak pengunjung kumpul e-waste

PHEE Boon Poh (berkemeja putih) diberi taklimat ringkas daripada kakitangan Shan Poornam Sdn. Bhd., ketika melawat ruang pameran Kempen Pengumpulan Sisa di sini baru-baru ini.

TANJUNG TOKONG – Pusat membeli-belah Straits Quay Retail Marina menganjurkan kempen pengumpulan sisa yang boleh dikitar semula, termasuk barang-barang elektrik dan elektronik terbuang (e-waste) baru-baru ini.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berharap inisiatif itu dapat menggalakkan orang ramai melupuskan e-waste dengan keadah yang betul.

Kempen ini akan mendidik orang ramai untuk mengendalikan peralatan rumah yang tidak dipakai lagi dengan cara yang betul dan lebih selamat,” ujar Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu pada majlis pelancaran Kempen Pengumpula Sisa di sini.

KAKITANGAN Shan Poornam Sdn. Bhd. menunjukkan antara sisa buangan elektronik yang mengandungi bahan kimia berbahaya, pada Kempen Pengumpulan Sisa di sini baru-baru ini.
Sementara itu, wakil penganjur, Amy Lee berkata, pihaknya menyediakan baucer bernilai RM5, RM10 dan RM15 demi menggamit minat pengunjung menyertai kempen tersebut.

Orang ramai boleh menyerahkan peralatan seperti komputer riba, kamera, telefon bimbit, CPU ataupun peralatan elektrik dan elektronik rumah kepada kaunter penerangan di sini.

Insentif dalam bentuk baucer tunai akan diberikan mengikut kategori e-waste yang dilupuskan,” ujarnya.

Menurut Pengurus Promosi dan Pengiklanan Straits Quay itu lagi, kempen berlangsung selama dua bulan, mulai 12 Mac hingga 1 Mei depan.

Penganjuran kempen tersebut turut mendapat kerjasama daripada Shan Poornam Metals Sdn. Bhd., iaitu syarikat kitar semual yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta disokong oleh agensi negeri Penang Green Council (PGC).

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus