Skip to main content

Posts

Showing posts from January 9, 2016

Demontrasi anti-TPPA di USM, dialog Tok Pa diasak mahasiswa

Lebih 30 aktivis dan mahasiswa menyambut kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustafa Mohamad di luar pintu masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Mereka mengangkat pelbagai plakad membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TTPA) yang didakwa menggadai kepentingan negara, serta dijangka mengakibatkan kos pengajian tinggi di Universiti Awam pun akan melambung naik tidak lama lagi.
Difahamkan, Mustafa ke Pulau Pinang hari ini untuk memberi taklimat mengenai kebaikan TPPA kepada kaum pelajar, pemimpin masyarakat, orang-orang kampung, pemimpin masyarakat, wakil perniagaan serta ahli politik kepartian.
Semasa taklimat itu, seorang mahasiswa meminta Mustafa supaya lebih jujur menjelaskan inti perjanjian TPPA itu, serta kebaikannya untuk warga universiti.
Katanya, Kerajaan Pusat sebelum ini pun berdalih bahawa Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) memberi kebaikan kepada rakyat, namun ternyata cukai baru itu membebankan rakyat terbanyak sehingga …