Skip to main content

Demontrasi anti-TPPA di USM, dialog Tok Pa diasak mahasiswa

SALAH seorang aktivis mahasiswa (berbaju T hitam) daripada Student Progressive Front (SPF) menyampaikan bantahan pada demontrasi aman di luar pagar USM Pulau Pinang,  hari ini.  | Foto: Anilnetto.com

Lebih 30 aktivis dan mahasiswa menyambut kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustafa Mohamad di luar pintu masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Mereka mengangkat pelbagai plakad membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TTPA) yang didakwa menggadai kepentingan negara, serta dijangka mengakibatkan kos pengajian tinggi di Universiti Awam pun akan melambung naik tidak lama lagi.

Difahamkan, Mustafa ke Pulau Pinang hari ini untuk memberi taklimat mengenai kebaikan TPPA kepada kaum pelajar, pemimpin masyarakat, orang-orang kampung, pemimpin masyarakat, wakil perniagaan serta ahli politik kepartian.

Semasa taklimat itu, seorang mahasiswa meminta Mustafa supaya lebih jujur menjelaskan inti perjanjian TPPA itu, serta kebaikannya untuk warga universiti.

Katanya, Kerajaan Pusat sebelum ini pun berdalih bahawa Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) memberi kebaikan kepada rakyat, namun ternyata cukai baru itu membebankan rakyat terbanyak sehingga sekarang.

Tambahnya, harga barang hatta inflasi melambung naik, sungguhpun ada seorang menteri 'jenaka' pernah memberitahu bahawa GST akan menurun harga komoditi asasi rakyat.

Menjawab pertikaian mahasiswa berkenaan, Mustafa sendiri tetap berdalih bahawa bahawa GST memberi kebaikan kepada rakyat serta menyumbang hasil pada Kerajaan Pusat.

Cuma, dalih Mustafa lagi, pelaksanaan GST yang diakui masih lemah mengakibatkan kaum peniaga masih mengaut keuntungan dengan menaikkan harga komoditi.

Melanjutkan pertikaian, mahasiswa berkenaan turut memberitahu bahawa TPPA yang didakwa memberi kebaikan kepada rakyat kelak, akhirnya akan membebankan semua golongan termasuk mahasiswa seperti GST sekarang.

Mustafa dalam reaksi spontan berkata, itu semua bergantung pada faktor luar kawal selain TPPA, antaranya keadaan mata wang Ringgit sebagaimana dirasai sekarang.

Pertikaian dalam dialog tertutup itu turut membawa pada aksi bantahan di luar pagar USM.

Kelihatan wartawan bersesak merakamkan aksi mahasiswa dan aktivis bergilir-gilir mengangkat plakad anti TPPA.

Masing-masing menyatakan kebimbangan bahawa kepentingan tanah air termasuk Pulau Pinang, akan dikuasai oleh syarikat multinasional (MMC) asing, tanpa boleh menerima campur tangan kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri lagi.

Demonstrasi aman itu langsung tidak diganggu oleh anggota polis, dengan sekali-sekala anggota keselamatan universiti menjenguk keluar aksi-aksi mahasiswa serta aktivis lain.

MOHD. Razuad  (galas beg hijau) yang mengetuai sekumpulan PERKASA akhirnya berundur ke belakang selepas gangguan mereka dipertikai oleh demontran aman anti TPPA di sini hari ini. 

Pun begitu, beberapa kacang hantu daripada PERKASA, antaranya "Sdr. Mohd. Razuad" sendiri kemudiannya seakan mengganggu perjalanan demonstrasi aman itu.

Beliau mempersoal motif aksi demonstrasi yang dikatakan aman tersebut, selepas mereka berpeluang untuk berdialog secara langsung dengan Menteri dalam Universiti.

"Kita boleh berbincang kemudian...sekarang kamu menganggu bantahan kamI, " kata salah seorang jurucakap demonstrasi aman tersebut.

Memetik laporan asal daripada blog Anil Netto, Mohd. Razuad kemudian kembali berundur ke belakang,  selepas menerima reaksi para demontran berkenaan.

Unit ARIF yang ditubuhkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH), mirip pasukan Unit Amal yang ditubuhkan oleh PAS dahulu memainkan peranan mengawal keselamatan demontrasi tersebut.

Beberapa wakil NGO yang berpengkalan di Pulau Pinang seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Empower, Pan-Ap dan Penang Forum turut sertai demontrasi itu.

Hadir sama, beberapa pemimpin utama Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Keadilan Rakyat (ADIL) dan AMANAH.

Lebih setengah jam bantahan tersebut berlangsung, dengan ucapan anti TPPA daripada beberapa jurucakap mahasiswa dan aktivis lain.

Walaupun penyertaan Malaysia dalam TPPA dikatakan akan menghasilkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebuh besar, namun hakikatnya suplas perdagangan negara adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan negara-negara anggota yang lain.

Memetik laporan BERNAMA:

"In 2027, the trade balance is projected to remain in surplus following Malaysia’s participation in the TPPA.  
“The size of the trade surplus will be smaller at US$29.7 billion to US$35.1 billion, compared to the baseline scenario of US$41.9 billion where the TPPA does not exist."
Parlimen dijangka membincangkan TPPA pada 26 hingga 28 Januari ini dan TPPA ini kemudiannya dijadualkan untuk ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari.

Kabinet Malaysia Malaysia kemudiannya mempunyai masa sehingga dua tahun untuk mengesahkan perjanjian berperundangan itu.

TPPA akan mula berkuatkuasa apabila enam daripada 12 negara mengesahkan perjanjian.