08 December 2013

PAS harap Umno serah Dewan Komuniti Penaga kepada JKKKN ikut ketetapan mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas ADUN Penaga,  Datuk Azhar Ibrahim untuk membatalkan arahan Kerajaan Negeri supaya pembangkang Pulau Pinang mengosongkan Dewan Komuniti Penaga baru-baru ini.

"Saya harap Umno dapat menghormati keputusan Mahkamah serta menyerahkan dewan itu kepasa JKKK N(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Negeri)," ujar Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Ridwan Osman pagi tadi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pelancaran Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) dekat Masjid Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas.

Mewakili PAS Kawasan Penaga, Ridwan berkata, satu majlis gotong-royong dianjurkan di Dewan Komuniti Penaga itu serentak dengan majlis meraikan kemenangan Kerajaan Negeri menggagalkan rancangan pembangkang Umno Barisan Nasional Pulau Pinang tersebut.

"Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut hadir merasmikan program gotong-royong," ujar Ridwan.

Dewan Komuniti Penaga itu dibina oleh Perda semasa Umno Barisan Nasional masih menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pulau Pinang lancar Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR)!


Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sendiri turun padang di Masjid Haji Abdullah Fahim dekat Kepala Batas bagi menyempurnakan majlis pelancaran Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) peringkat negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd.Rashid Hasnon berkata, kempen itu adalah permulaan pada kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Justeru, Mohd. Rashid berharap, RM250 yang diperuntukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada tiap-tiap masjid kariah di negeri ini dapat digunakan untuk memacak papan iklan kempen MASBAR sesegera mungkin.

"Ia (MASBAR) wajar disokong dan dipuji sebagai usaha mendidik anak-anak kariah di tiap-tiap masjid untuk melaksanakan fatwa melarang aktiviti tidak sihat ini," ujar Mohd. Rashid baru-baru ini di depan lebih 500 hadirin, termasuk ahli jawatankuasa kariah masjid-masjid di negeri berkenaan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Rosidi Hussin (Penolong Ketua Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid, MAINPP) turut hadir pada majlis pelancaran itu.

Difahamkan, Muzakarah Majlis Fatwa Kebanggaan (MFK) Ke-37 pada 23 Mac 1995 telahpun mengharamkan aktiviti merokok atas sebab memulihara kesihatan serta mencegah penyakit berbahaya.

Sungguhpun tiada nas yang sahih lagi soreh (jelas) melarang aktiviti merokok, tetapi, banyak petunjuk nas (dalalatun nas) jelas menolak kemudaratan amalan itu ke atas tubuh badan manusia.

"Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" (Surah al-Baqarah: 195)

"Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk." (Surah al-A'raf:157)

Berpijak atas dalalatun nas ini serta beberapa hujah fiqh lain, larangan merokok yang membawa hukum haram ini dibuat di bawah kategori al-hukumu li ghairihi.

Pun begitu, segelintir perokok dalam kalangan umat Islam sendiri masih berdalih bahawa hukum merokok tidak sampai pada status haram kerana memegang pada fatwa lain yang me'makruh'kan aktiviti itu.

Apa pun fatwa yang gemar diikuti oleh umat Islam, Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Mohd.Salleh Man berkata, orang Islam hatta bukan Islam sudah boleh menerima bahawa amalan merokok membahayakan kesihatan adalah suatu pegangan yang logik serta wajar disokong.

"Kita tidak boleh berpeluk tubuh lagi, tapi, perlu berdiri untuk melaksanakan fatwa pengharaman rokok yang dibuat sejak tahun 2004 lagi (peringkat negeri Pulau Pinang)," ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir pada majlis sama.

Dalam satu kajian, katanya, empat daripada 10 di negara ini terdedah pada asap rokok di tempat kerja masing-masing.

Manakala, 86 peratus responden dalam kajian sama mengaku tahu bahaya asap rokok.

Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beliau menambah, kira-kira enam juta penduduk dunia mati tiap-tiap tahun akibat asasi rokok.

Dari jumlah itu, 600,000 mati akibat terhidu asap rokok, sungguhpun mereka bukan pokok.

Komitmen Kerajaan Negeri melaksanakan polisi larangan merokok secara berperingkat, dimulakan di masjid-masjid, sekaligus mereputasi status Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan kesihatan di rantau ini tidak lama lagi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus