Skip to main content

Posts

Showing posts from June 5, 2016

Kapal tak boleh pusing bawah tonggak pedaka Penang Skycab tak masuk akal, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
MACHANG BUBUK - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng tengah hari tadi menyanggah suatu rencana berita yang menyebut kapal sepanjang 350 meter tidak boleh membuat pusingan di perairan negeri ini, sekiranya tonggak pendaka (pylon) dalam projek kereta kabel pelancongan Penang Skycab dibina dekat kawasan Pelabuhan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, katanya, rekabentuk struktur antara satu-satu tonggak pedaka yang akan dibina adalah sepanjang 1 hingga 1.5 kilometer, sepatutnya membolehkan kapal membuat pusingan di kawasan perairan tersebut.
"Jarak yang paling pendek (antara satu-satu tonggak pedaka) adalah satu kilometer hingga 1.5 kilometer.
"Kalau panjang kapal satu kali ganda pun (sepanjang 700 meter) masih boleh pusing, tak masuk akal lah kalau kapal sepanjang 350 meter tak boleh pusing.
"Anggap dia (kapten kapal) punya lesen (bak) 'lesen kopi O'," respons Guan Eng, sambil merayu Kerajaan Pusat segera meluluskan projek Skycab yang dipe…