02 May 2014

"BACK TO THE FUTURE"

KENANGAN bersama-sama seorang kawan di pantai Batu Feringghi.

Oleh kerana saya hanya mampu membeli motosikal Honda EX5 semasa usia muda 20-an dulu, saya mengambil keputusan untuk membeli motosikal Kawasaki 250 CC semasa menjelang usia 30 tahun.

Sebenarnya, macam-macam yang saya tidak boleh atau tidak mampu buat 10 tahun lepas, saya cuba-cuba buat sekarang, sementara menunggu usia saya genap 31 tahun pada 13 Mei ini.

Saya kira ini perasaan yang biasa. Dan, saya rasa hampir semua lelaki mungkin pernah menempuh perasan sebegini.

10 tahun akan datang, saya mungkin sekali lagi mempunyai perasaan yang lebih luar biasa, mungkin mahu kekal muda pada usia belasan tahun pula.

Selepas Solat Fardhu Jumaat tadi, saya tasmi' Surah As-Sajdah.

Ada satu ayat mengusik akal budi saya.

"...Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". [32:12]

Rupanya-rupanya perasaan untuk membeli usia dan masa kehidupan duniawi oleh penghuni neraka lebih dahsyat.

AstaghfiruLlah.


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
2 Mei 2014 | Bukit Mertajam



+60194241583
@zainulfaqar
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus