18 June 2014

KN lancar Tabung Usahawan Tani Muda, Agrofest 2014 serentak

TUN Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) menyempurnakan lafaz perasmian majlis Agrofest Pulau Pinang 2014, sambil diiringi oleh Mohd. Rashid Hasnon (paling kiri), Afif Bahardin (dua dari kiri), Abdul Malik Abul Kassim (empat dari kiri) dan Farizan Darus (paling kanan) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Tabung Usahawan Tani Muda baru dilancarkan serentak dengan majlis perasmian pembukaan Agrofest Pulau Pinang 2014, yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Hajah Majimor Shariff.

Exco Pertanian Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dalam ucapannya berharap, skim mikrokredit yang menawarkan pinjaman maksimum hingga RM5,000 tersebut dapat memberi manfaat kepada kaum tani, peladang, penternak dan nelayan.

“Kerajaan Negeri percaya program ini (Tabung Usahawan Tani Muda) dapat memberi galakan kepada para pengusaha, terutamanya golongan muda untuk meningkatkan pendapat mereka,” ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut berucap pada majlis tersebut, mewakili Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan isteri, Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan isteri, serta Datuk Abu Jamal Nordin (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, UPEN) dan isteri turut hadir pada majlis tersebut.

Agrofest dulu dikenali sebagai Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi, yang dianjurkan tiap-tiap tahun oleh Kerajaan Negeri.

Manakala, Tabung Usahawan Tani Muda yang baru dilancarkan ini selepas Kerajaan Negeri memperkenalkan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) beberapa tahun lepas.

Dr. Afif berkata, ekspo kali ini istimewa kerana turut disertai oleh syarikat besar dalam sektor penternakan dan akuakultur, iaitu Syarikat CAB Cakaran dan GST Group serta PENKUA.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Syarikat Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Kelantan Bioteknologi Sdn. Bhd. Dan Syarikat Pengurusan Pupuk Murni Sdn. Bhd. kerana turut menyertai pameran jualan selama empat hari di sini.

Direkodkan, jumlah pengeluaran tahunan 2013 bagi produk pertanian seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang dan rempah ratus sebanyak 1,829,077 tan, dengan nilai pengeluaran menghampiri RM673,182,241.

Dr. Afif menjelaskan, pendaratan ikan turut meningkat sebanyak 58,200.71 tan pada tahun lepas, berbanding 52,485.41 tan pada tahun sebelumnya.

“Matlamat untuk mencapai food security bagi negeri Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri telah memulakan beberapa insiatif projek melibatkan sektor pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru, dan Zon Industri Akuakultur di Penaga,” ujar Dr. Afif.

Tambah beliau, pihaknya turut merancangan memajukan satu lagi projek untuk tujuan penternakan dan agropelancongan di atas sebidang tanah milik Kerajaan Negeri dekat Ara Kuda.

Sementara itu, Tan Hock Hoe (kanan), 36 yang ditemui kemudian melahirkan penghargaan kerana dipilih memenangi anugerah kategori Penanam Buah Jaya.

“Ini kali pertama saya menang, harap Buah Durian Balik Pulau dari Sungai Pinang terus menarik minat pelancong ke negeri ini.

Nada sama turut dikongsi oleh Mohamad Rezwan Mazlan (kiri), 32, yang memenangi anugera kategori Ruminan Besar (ternak lembu).

“Alhamdulillah, saya terpilih kali ini. Sekarang ada lebih kurang 150 ekor lembu, mungkin saya pun akan pertimbang untuk mohon skim mikrokredit ini (Tabung Usahawan Tani Muda) sebab saya tidak pernah mendapat mana-mana skim bantuan pinjaman,” ujar beliau, yang mengurus kandang lembu dekat Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya, George Town.

Rahemy Addul Rahim (kanan), 35, yang memenangi anugerah kategori Usahawan Tani Muda turut menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan Tabung Usahawan Tani Muda.

“Saya pun ada cadangan juga untuk memohon skim ini. Anugerah ini memanglah memberi galakan kepada kami untuk memajukan bidang pertanian ini untuk keluarga kami,” ujar beliau.

Tiga kes mati akibat denggi sejak awal tahun ini – Dr. Afif Bahardin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWNExco Pertanian Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin meminta seluruh warga Pulau Pinang supaya terus mengambil langkah pencegahan wabak denggi, memandangkan tiga kematian telahpun direkodkan pada tahun ini, berbanding satu kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Saya ingin mengingatkan masyarakat supaya terus mengambil langkah pencegahan seperti,” kata Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam kenyataannya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, 835 kes denggi direkodkan sejak bukan Januari hingga 14 Jun lepas, berbanding 531 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Angka itu, katanya, menunjukkan peningkatan 174.7 peratus.

Menurut Dr. Afif, empat lokasi di kenal pasti sebagai kawasan wabak terkawal di George Town, iaitu Jalan C. Y. Choy, Lorong Kulit dan Pangsapuri Harmoni Jalan Kennedy, serta Taman Seri Impian dekat Daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan warga Pulau Pinang supaya menggunakan repellan atau baju/seluar panjang semasa menjalankan aktiviti luar, melakukan semburan aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap demi mengurangkan risiko digigit nyamuk aedes.

ZPP sasar RM4.3 juta kutipan, zakat fitrah RM7 seorang - Mohd. Salleh

MOHD. Salleh Man (dua dari kiri) saling meramahi para amil yang baru diberi tauliah pada majlis di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) mensasarkan kutipan berwajib bagi tahun ini adalah sebanyak RM4.3 juta daripada kira-kira 580,000 umat Islam di negeri ini, dengan kadar fitrah RM7 seorang.

Atas maksud itu, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, ZPP memberi tauliah kepada seramai 1,688 amil untuk memungut zakat fikrah bermula bulan Ramadan tahun ini.

"Kiraan sebenar RM6.76, dikenakan fitrah RM7 dengan alasan dilebihkan sedikit dari kadar asal berdasarkan bab 'ihtiat' (lebih selamat)," ujar Mohd. Salleh, yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP di sini pada pagi.

Tambah Mohd. Salleh, seramai 9,156 orang layak menerima sumbangan hari raya nanti, iaitu 740 di bawah asnaf fakir dan 8,416 di bawah asnaf miskin.

Bercakap pada sidang media sama, Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Somat memberitahu, pihaknya mensasarkan kutipan RM90.5 juta, meliputi zakat fitrah dan zakat perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Salleh berkata, seramai 60 lagi penerima dikenal pasti layak menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, hasil penganjuran Program Jejak Asnaf oleh ZPP di 22 qaryah baru-baru ini.

Sebanyak RM80.07 juta berjaya dikutip oleh ZPP pada tahun lepas, RM4.2 juta adalah jumlah kutipan zakat fitrah.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus