Skip to main content

Posts

Showing posts from November 15, 2014

Presiden PasMa akui respons lebih baik selepas Retreat PAS

PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi.Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSUBANG - Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dalam retreatnya baru-baru ini telahpun membentangkan peranan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat, serta langsung tidak dipertikai oleh jawatankuasa kerja pusat parti masa depan berkenaan.Pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata demikian sambil memberitahu bahawa Salahudin sendiri sedang mengatur  pertemuan rasmi antara NGO mesra Pakatan Rakyat dengan kepemimpinan utama PAS."(Peranan) PasMa seakan telah diiktiraf oleh PAS apabila ada rancangan untuk adakan dialog secara rasmi."Kalau jadi pertemuan ini, kita harap PasMa dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) boleh buat kenyataan media bersama bahawa kedua-dua pihak memang mahu mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," ujar Phahrolrazi kepada wartawan pada malam tadi, selepas selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat NGO di sini.Justeru, katany…

Ini respons menyentap Khairuddin At-Takiri di Perak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSUBANG - Pelancaran Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Pulau Pinang pada 11 Oktober lepas, membawa forum serupa peringkat Perak pada 7 November lalu di Ipoh.Susulan itu, Ketua Penerangan Ulamak PAS Malaysia, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri turut mengadakan Taklimat Khas di Markaz PAS Batu 4, Taiping.Dalam program tertutup itu, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bukan sahaja mengasak anggota parti supaya mengukuhkan al-wala' (kesetiaan) kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Haji Awang.Mengulas mengenai krisis pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini, Khairuddin secara terbuka turut mengkritik pemimpin tertentu PKR dan DAP yang didakwa tidak menghormati kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat.Reaksi dingin beliau akhirnya mengundang respons seorang peserta, sebelum penganjur mengumumkan penangguhan program dialog itu serta-merta.Ini, respons peserta berkenaan yang dilihat seakan memaku dakyah anti Pakatan Rakyat yang diluahkan…