Skip to main content

Posts

Showing posts from December 7, 2013

Jumpa keajaiban al-Quran semasa kaji mumia Firaun

Kenapakah Dr. Maurice Bucaille memeluk Islam selepas bedah mumia Firaun?Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.Bucaille seorang pa…