23 August 2014

Kerajaan Perpaduan baik tapi 'jaga-jaga', syor Umno Temerloh

(Dari kiri) Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (Setiausaha MSU), Datuk Mustapha Ali, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA) dan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar dirakam dalam satu pertemuan berasingan dulu, sebelum polemik MB Selangor meledak kini. | Foto hiasan: Google

PENDIRIAN tidak konsisten PAS berhubung konsensus Pakatan Rakyat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kini turut diperdebat panas dalam Mesyuarat Umno Bahagian Temerloh baru-baru ini.

Sumber eksklusif Umno Bahagian dipetik, perwakilan berbelah-bahagi terhadap ijtihad politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menghidupkan semula idea Kerajaan Perpaduan (UG) bersama-sama PAS.

Satu pihak menyokong Najib kehidupan semula idea UG, sebagai persiapan mengekalkan kemenangan di PRU14.

"Sebenarnya PAS pun ikhlas untuk bersatu demi survival akidah umat Islam dan masa depan Melayu.

"Kerajaan Campuran tak berjaya di Selangor baru-baru ini kerana banyak sangat golongan Anwarinas dalam PAS," ujar sumber menerusi WhatsApp.

Satu pihak lain berpendapat, elok Umno sendiri lebih berhati-hati sungguhpun idea UG ini cukup baik untuk parti.

"Apabila Khalid Ibrahim sendiri macam dikhianati oleh PAS sekarang, tak rugi Umno berjaga-jaga (dalam kehidupan semula UG)," jelas sumber sama.

"Sesiapa pun akan lepas geram dengan bubar DUN S'ngor kalau dah dua tiga kali kena khianat"

Sebenarnya cerita Takkan kenyataan SetPol Presiden PAS bawa isyarat Sultan Selangor kena tipu sekali lagi? belum habis lagi.

Sesiapa pun kalau dipecat daripada parti sendiri seperti Khalid Bebas, tentu akan terasa sangat tidak puas hati.

Itu, yang Khalid Bebas rasa. Ini hakikatnya kalau kita sama-sama fikir secara sentimental kerana Khalid pun manusia yang di dalam dirinya ada perasaan.

Cuma, rasa geram kepada PKR (sebenarnya kepada Anwar) tidak kuat diri sekarang, kerana Geng Bas Sekolah memberi harapan untuk kelak setia mendokong Khalid Bebas sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid mengadap Sultan Selangor pun kerana janji setia Geng Bas Sekolah.

Dalam fikiran Khalid, kalau pentadbirannya boleh bertahan sampai hujung tahun ini pun sudah memadai, kerana Anwar Ibrahim hampir pasti diheret ke penjara atas fitnah Liwat II.

Orang penting, skandal berkaitan Bank Islam selesai seperti dirundung.

Khalid begitu percaya Geng Bas Sekolah sampai dia lupa mereka itu mungkin akan khianat dirinya sendiri, sebagaimana mereka telahpun cuba khianat konsensus Pakatan Rakyat yang disetujui bersama sebelum ini.

Orang yang biasa khianat, dia akan tetap khianat sesiapa sahaja. Geng Bas Sekolah akhirnya khianat Khalid.

Sebab itu, Khalid semakin hilang pertimbangan. Kalau sebelum ini, geramnya hanya kepada PKR (sebenarnya kepada Anwar).

Selepas dikhianati oleh Geng Bas Sekolah, darjah geram Khalid makin kuat.

"Jadilah apa pun, yang penting aku boleh lepas geram kepada semua..."

Mungkin ini yang mengusik jiwa Khalid, sampai dia nekad untuk bubar DUN Selangor.

Pakar Perlembagaan Prof Aziz Bari berpendapat "tiada asas kuat untuk bubar DUN", lapor Malaysiakini.

KeADILan siap tumpu PRN Sarawak, kerah Kak Wan di Kongres 2014

PARTI Keadilan Rakyat (KeADILan) dikerah membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka paling lewat pada tahun 2016.

Presiden KeADILan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa membuat penekanan itu berkata, parti seharusnya merencanakan strategi kemenangan, selain, mengukuhkan kebersamaan dengan PAS dan DAP atas semangat Pakatan Rakyat.

"Saya ingin memberi penekanan kepada semua peringkat anggota KEADILAN untuk mula membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Yakinlah jika kita mempunyai strategi yang baik dan persefahaman yang utuh di kalangan Pakatan Rakyat, In sha Allah kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan," jejas Dr Wan Azizah dalam ucaptama di Kongres Nasional 2014.

Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April 2011, Dr Wan Azizah berkata, Pakatan Rakyat memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak, iaitu 12 dimenangi DAP, 3 (KeADILan) dan 1 (Bebas).

"Walaupun BN memenangi 55 kerusi DUN Sarawak, mereka hanya memperolehi 55 peratus undi popular, berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun hanya 15 kerusi, tetapi, berjaya mencapai sehingga 41 peratus undi popular," jejas Dr Wan Azizah, yang juga calon Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Rakyat itu lagi.

Permuafakat lancar kutip dana AS$10 juta baik pulih Univ. Islam Gaza

(Dari kiri) MAMU Rashid, Zulkeply Ishak, Dr. Wasem Ahmad Al Madhoun, Dr. Mazzan Md. Isa dan Ustaz Ridhwan Abu Bakar pada sidang media di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Jelajah promosi wakaf pendidikan serta pembinaan semula beberapa bangunan Universiti Islam Gaza (UIG) Palestin bernilai yang dianggarkan bernilai AS$10 juta peringkat Pulau Pinang hari ini digerakkan Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat).

Pengerusi Permuafakat, Zulkeply Ishak memberitahu jelajah kutipan dana wakaf kali ini menumpu pada agenda membaik pulih semula kompleks pentadbiran UIG, selepas dibedil musnah dek rejim Zionis Israel pada bulan Ramadan baru-baru ini.

"Kos baik pulih kompleks dianggarkan AS$1.5 juta, AS$10 juta itu adalah jumlah dana keseluruhan projek wakaf pendidikan di sana yang akan kita (Permuafakat) cuba kumpulkan.

"Kita (Permuafakat) sasar kutipan dana wakaf kali ini AS10 juta untuk baik pulih kompleks pendidikan ini, serta tajaan kos perjanjian anak Gaza di UIG," ujar Zulkeply bersama-sama Pegawai Perhubungan Korporat UIG Dr. Wasem Ahmed Al Madhoun di sini.

Setiausaha Permuafakat, Mamu Rashid @ Muhammad Naqi, Dr. Mazzan Md. Isa (Bendahari Permuafakat), Ustaz Ridhwan Abu Bakar (penterjemah) turut menyertai sidang media di Restoran De'Pauh Garden, Permatang Pauh.

Dr. Wasem memberitahu sukarelawan mengutip dana wakaf UIG telah berada di tanah air sejak sebulan yang lalu, dan mensasarkan kutipan AS$10 dalam tempoh setahun.

"Melalui Permuafakat dan beberapa pertubuhan (NGO) di Malaysia ini, kami mencari dana wakaf untuk membaik pulih bangunan ini serta menaja pengajian mahasiswa, para anak syuhada, anak yatim dan huffaz (penghafaz al-Quran)," jelas Dr. Wasem.

Pada majlis sama, Pengerusi Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasorudin Shah Mat turun menyampaikan dana kutipan wakaf daripada pertumbuhannya kepada Dr. Wasem, sambil disaksikan oleh Zulkeply.

UIG, sungguhpun dibedil dek rejim Zionis Israel hingga kini, institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan pada tahun 1998 itu masih direkodkan mempunyai lebih 400 ahli akademik serta lebih 20,000 mahasiswa dari pelbagai peringkat pengajian, baik sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah (PhD).

Salurkan sumbangan menerusi Maybank Islamic atas penama Tabung Universiti Islam Gaza bernombor akaun 5573 4405 8202.

Info lanjut, hubungi Dr Wesam menerusi WhatsApp 00970595348482 atau emel wmadhoun@iugaza.edu.ps.

Permuafakat turut boleh dihubungi menerusi Zulkeply +60134316161 atau Mamu Rashid +60134145663.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus