23 August 2014

Permuafakat lancar kutip dana AS$10 juta baik pulih Univ. Islam Gaza

(Dari kiri) MAMU Rashid, Zulkeply Ishak, Dr. Wasem Ahmad Al Madhoun, Dr. Mazzan Md. Isa dan Ustaz Ridhwan Abu Bakar pada sidang media di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Jelajah promosi wakaf pendidikan serta pembinaan semula beberapa bangunan Universiti Islam Gaza (UIG) Palestin bernilai yang dianggarkan bernilai AS$10 juta peringkat Pulau Pinang hari ini digerakkan Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat).

Pengerusi Permuafakat, Zulkeply Ishak memberitahu jelajah kutipan dana wakaf kali ini menumpu pada agenda membaik pulih semula kompleks pentadbiran UIG, selepas dibedil musnah dek rejim Zionis Israel pada bulan Ramadan baru-baru ini.

"Kos baik pulih kompleks dianggarkan AS$1.5 juta, AS$10 juta itu adalah jumlah dana keseluruhan projek wakaf pendidikan di sana yang akan kita (Permuafakat) cuba kumpulkan.

"Kita (Permuafakat) sasar kutipan dana wakaf kali ini AS10 juta untuk baik pulih kompleks pendidikan ini, serta tajaan kos perjanjian anak Gaza di UIG," ujar Zulkeply bersama-sama Pegawai Perhubungan Korporat UIG Dr. Wasem Ahmed Al Madhoun di sini.

Setiausaha Permuafakat, Mamu Rashid @ Muhammad Naqi, Dr. Mazzan Md. Isa (Bendahari Permuafakat), Ustaz Ridhwan Abu Bakar (penterjemah) turut menyertai sidang media di Restoran De'Pauh Garden, Permatang Pauh.

Dr. Wasem memberitahu sukarelawan mengutip dana wakaf UIG telah berada di tanah air sejak sebulan yang lalu, dan mensasarkan kutipan AS$10 dalam tempoh setahun.

"Melalui Permuafakat dan beberapa pertubuhan (NGO) di Malaysia ini, kami mencari dana wakaf untuk membaik pulih bangunan ini serta menaja pengajian mahasiswa, para anak syuhada, anak yatim dan huffaz (penghafaz al-Quran)," jelas Dr. Wasem.

Pada majlis sama, Pengerusi Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasorudin Shah Mat turun menyampaikan dana kutipan wakaf daripada pertumbuhannya kepada Dr. Wasem, sambil disaksikan oleh Zulkeply.

UIG, sungguhpun dibedil dek rejim Zionis Israel hingga kini, institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan pada tahun 1998 itu masih direkodkan mempunyai lebih 400 ahli akademik serta lebih 20,000 mahasiswa dari pelbagai peringkat pengajian, baik sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah (PhD).

Salurkan sumbangan menerusi Maybank Islamic atas penama Tabung Universiti Islam Gaza bernombor akaun 5573 4405 8202.

Info lanjut, hubungi Dr Wesam menerusi WhatsApp 00970595348482 atau emel wmadhoun@iugaza.edu.ps.

Permuafakat turut boleh dihubungi menerusi Zulkeply +60134316161 atau Mamu Rashid +60134145663.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus