22 August 2014

Lancar Tabung Kemanusiaan Gaza, Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka Ropewalk Bagan serentak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Rumah Terbuka Aidilfitri Ropewalk Bagan malam ini diraikan serentak dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza dan Hari Koperasi Negara.

Wakil penganjur, Pengerusi Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasorudin Shah Mat berkata, kutipan amal pada malam ini akan diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) esok, melalui Pertubuhan Permuafakatan Kesejahteraan Insan Malaysia (PERMUAFAKAT).

"Inilah rumah terbuka kita, memang rumah terbuka sebab Ropewalk Bagan ini tiada pintu, tiada tingkap, tiada dinding.

"Sambil-sambil menjamu selera, ambil peluang untuk menyumbang kepada saudara kita di Gaza," ujar Nasorudin dalam ucapan aluannya di sini malam tadi.

Turut berucap, penaung KPATSBB merangkap Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim, manakala, selebriti siber Haji Abu Nawas Al-Hafiz menyempurnakan gimik pelancaran tabung kemanusiaan untuk Gaza.

Zolkifly dalam ucapannya turut menjelaskan mengenai kejayaan gerakan koperasi  yang berdaya saing dalam membanteras 'along', di bawah Nasorudin.

"Kita patut contoh Rasulullah SAW berniaga sampai ke Syam, sebab bawa integriti, barang yang berkualiti dan disiplin dalam kira-kira wang," ujar Zolkifly yang juga Presiden D'BM  Hospital Permatang Pauh di lebih 500 tetamu.

Sate, nasi ayam berempah, lontong, ketupat dan mee kari acara juadah istemewa pada majlis juadah malam ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus