ZOLKIFLY Md. Lazim (berdiri, tengah) menyampaikan ucapan pada mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja Koperasi Penjaja Astaka Taman Tun Sardon di sini, semalam. |
Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
BUKIT GELUGOR - Gerakan Koperasi yang dilaksanakan di Ropewalk Bagan sejak tahun 2007 bukan sahaja berjaya mencegah aktiviti 'along' ke atas kaum penjaja berwajib, malah Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) berjaya mencapai sifat hutang tak berbayar (NPL) kini.
ZOLKIFLY Md. Lazim |
"Tak guna kita hanya cabut risalah ceti haram ini atau halau mereka dari tempat berniaga kita kerana penjaja akan tetap cari along sebab perkhidmatannya cepat, mudah, warga emas atau yang blacklist bank pun boleh pinjam.
"Tapi, kita kena sedia sistem pinjam meminjam yang jauh lebih baik untuk angkat suara serta martabat penjaja di negeri ini," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.
Pengerusi KPATSBB, Nasoruddin Shah Mat dan Abdul Halim Omar (Pengerusi Persatuan Penjaja Astaka Taman Tun Sardon) serta anggota penjaja berwajib lain turut menyertai majlis bersejarah setempat tersebut.

Tambah beliau, lajnahnya sedang fokus giat menubuhkan koperasi peringkat Pertubuhan Perniaga-Perniaga Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP) serta komuniti penjaja Pasar Awam Pekan Permatang Pauh, selain di Taman Tun Sardon.
Menurut Zolkifly, Nasoruddin berjaya mencapai sifar NPL sampai diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini kerana usaha berterusan pasukannya untuk menawarkan perkhidmatan pinjam-meminjam yang lebih baik berbanding 'Along'.
"Nak berjaya, mesti kena fleksibel dalam pemikiran, pengalaman luas serta ada disiplin ikut macam pasukan Nasoruddin yang nyata telahpun berjaya sekarang," tegas Zolkifly, yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh.
NASORUDDIN Shah Mat |
"Keistimewaan koperasi seperti bank, cuma dibenarkan mengutip serta memberi pinjaman kepada anggotanya sahaja.
"Koperasi adalah pelaburan kerana semua anggotanya boleh mempunyai saham, kepentingan, hak dilindungi seperti insurans, serta semua premis kita akan ada nilai jika bergerak atas nama koperasi," jelas Nasoruddin lagi.
Justeru, kata Nasoruddin lagi, gerakan koperasi mampu mempunyai suara tersendiri di negeri ini apabila mereka masing-masing kuat serta bergabung demi membela kepentingan anggotanya, tanpa mengira bangsa, agama serta sentimen politik kepartian kelak.

No comments:
Post a Comment