Sebenarnya cerita Takkan kenyataan SetPol Presiden PAS bawa isyarat Sultan Selangor kena tipu sekali lagi? belum habis lagi.
Sesiapa pun kalau dipecat daripada parti sendiri seperti Khalid Bebas, tentu akan terasa sangat tidak puas hati.
Itu, yang Khalid Bebas rasa. Ini hakikatnya kalau kita sama-sama fikir secara sentimental kerana Khalid pun manusia yang di dalam dirinya ada perasaan.
Cuma, rasa geram kepada PKR (sebenarnya kepada Anwar) tidak kuat diri sekarang, kerana Geng Bas Sekolah memberi harapan untuk kelak setia mendokong Khalid Bebas sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid mengadap Sultan Selangor pun kerana janji setia Geng Bas Sekolah.
Dalam fikiran Khalid, kalau pentadbirannya boleh bertahan sampai hujung tahun ini pun sudah memadai, kerana Anwar Ibrahim hampir pasti diheret ke penjara atas fitnah Liwat II.
Orang penting, skandal berkaitan Bank Islam selesai seperti dirundung.
Khalid begitu percaya Geng Bas Sekolah sampai dia lupa mereka itu mungkin akan khianat dirinya sendiri, sebagaimana mereka telahpun cuba khianat konsensus Pakatan Rakyat yang disetujui bersama sebelum ini.
Orang yang biasa khianat, dia akan tetap khianat sesiapa sahaja. Geng Bas Sekolah akhirnya khianat Khalid.
Sebab itu, Khalid semakin hilang pertimbangan. Kalau sebelum ini, geramnya hanya kepada PKR (sebenarnya kepada Anwar).
Selepas dikhianati oleh Geng Bas Sekolah, darjah geram Khalid makin kuat.
"Jadilah apa pun, yang penting aku boleh lepas geram kepada semua..."
Mungkin ini yang mengusik jiwa Khalid, sampai dia nekad untuk bubar DUN Selangor.
Pakar Perlembagaan Prof Aziz Bari berpendapat "tiada asas kuat untuk bubar DUN", lapor Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment