(Dari kiri) Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (Setiausaha MSU), Datuk Mustapha Ali, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA) dan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar dirakam dalam satu pertemuan berasingan dulu, sebelum polemik MB Selangor meledak kini. | Foto: Google
PRESIDEN PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.
Sebelum ini, telah saya menulis bahawa 30 ADUN sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baru bukti Tan Sri Khalid Ibrahim bohong Sultan.
Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno BN kerana mahu Khalid Bebas kekal sebagai Menteri Besar.
Apabila Abdul Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.
Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Abdul Hadi, klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.
Mula-mula Abdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau 'Cikgu PA' menolak nama Dr Wan Aziah.
Selepas 'kawtem' dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Abdul Hadi sekali lagi diheret oleh Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai 'nama kedua' sebagai calon Menteri Besar, sungguhpun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu telahpun sebulat suara membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.
Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan Azizah sahaja?", Abdul Hadi dilaporkan berdalih,"tanya Sultan....tanya istana..."
Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Geng Bas Sekolah, kenyataan seumpama Abdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak suka depan Dr Wan Aziah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR berkenaan untuk diperkenan sebagai Menteri Besar yang baru.
Isyarat Abdul Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.
Persoalannya, adakah benar Sultan Selangor yang seperti digambarkan itu, sedangkan baginda dijunjung rakyat atas maksud Raja Berperlembagaan?
Apapun kebenaran daripada Istana Selangor berhubung polemik ini, Abdul Hadi dan Geng Bas Sekolah seakan cuba menjerut leher masing-masing jika semua ini
Ini kerana, unsur pembohongan dalam dalih Abdul Hadi dan Geng Bas Sekolah sendiri seakan membohongi Sultan Selangor, seperti Khalid sebelum ini.
Sepatutnya PAS belajar daripada tindak-tanduk Khalid, bukan menjadi 'lembu'yang mudah dicucuk hidung oleh Geng Bas Sekolah dan 'Cikgu Pa'.
Jangan percaya dengan dusta Khalid kononnya masih ada sokongan majoriti selepas dipecat daripada PKR.
Tapi, banyak pihak menganggap Khalid mempunyai hubungan istemewa dengan Sultan apabila Khalid mengaku mempunyai sokongan majoriti dan dititah terus menjalankan tanggungjawab serta pentadbiran dalam Kerajaan Selangor.
Pada pendapat saya, kalau Sultan Selangor benarlah memberi layanan istemewa kepada Khalid, tentulah Khalid diperkenan mengadap baginda sungguhpun di luar negara baru-baru ini.
Khalid lebih tahu mengapa Sultan menolak untuk berjumpa di luar negara.
Khalid lebih arif, adalah Sultan Selangor murka atas sebab dibohongi atau ada kegentingan yang lain, sampai bertitah tunggu baginda pulang ke tanah air sekarang.
Jika Geng Bas Sekolah sensitif dengan disiplin ilmu diplomatik, langkah sumbang Khalid ini sudah tentu boleh dibaca dan diambil pedoman.
Jika benarlah langkahan Khalid dibaca sebagai pembohongan ke atas istana, sepatutnya Geng Bas Sekolah patut mencegah Abdul Hadi dari melakukan perkara yang sama.
Dalih istana tolak nama Dr Wan Azizah samalah maksud bahawa titah Sultan Selangor memaksudkan sebegitu.
Jika ternyata salah, Abdul Hadi pun tuak mustahil ditanggapi berbohong dengan Sultan Selangor kelak, sama seperti Khalid.
Apabila Ahmad Shamsuri dalam kenyataan terbarunya telahpun menyebut, "penafian Presiden PAS menerima titah mengenai isu MB Selangor," saya mula berasa Sultan Selangor seakan kena tipu sekali lagi.
Setuju?
No comments:
Post a Comment