Skip to main content

Posts

Showing posts from January 6, 2014

Guan Eng: Beranikah SPRM siasat T'ganu beli Merc tanpa diskaun 55 peratus? via PenangInsight.com

PenangInsight.com | Sampai sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Terengganu pada tahun 2008 walaupun Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) pernah mempertikaikan kontroversi itu.
Justeru, Guan Eng sekali lagi mencuit kewibawaan suruhanjaya itu kononnya mahu menyiasat kontroversi Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait membeli Mercedes-Benz S300L dengan diskaun kira-kira 55 peratus untuk kegunaan rasmi Ketua Menteri.
"Hanya di Malaysia akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.
"Tetapi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat," ujar Guan Eng di Komtar, George Town pada Sabtu lepas.
Penjelasan itu sekaligus menolak laporan tidak menyeluruh …

Azizan kudung kaki, kos sara hidup naik pengaruhi trend perniagaan pasar malam P.Pinang

HARGA ikan kembung mencecah RM12 sekilogram sejak awal tahun ini. Udang RM28 sekilogram.
Harga daging dan ayam pun melambung naik hingga pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkali-kali memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna, ekoran kenaikan kos sara hidup rakyat belakangan ini.
Implisitnya, peniaga pula seakan dipersalahkan secara semberono di sebalik kenaikan harga barang asasi serta kos sara hidup rakyat, yang sebenarnya berpunca oleh kelemahan tadbir urus dalam Kerajaan Umno BN Pusat sendiri.
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPNPMNPP), Azizan Jaafar dalam reaksi spontan memberitahu bahawa kenaikan kos sara hidup rakyat turut mempengaruhi trend pembelian di pasar malam sendiri.
"Kalau bukan minggu dapat gaji, tak ramai datang ke pasar malam.
"Peniaga-peniaga pun faham kerana kenaikan kos sara hidup turut dihadapi oleh kami yang berniaga di pasar malam," ujar Aziz…