Skip to main content

Posts

Showing posts from May 28, 2013

Kalau tempat belajar cukup, sistem kuota 60 peratus Perkasa pun tak wujud

DATUK Seri Najib Tun Razak terus ditekan untuk merealisasikan kuota 60 peratus Melayu masuk ke universiti awam atas alasan BN boleh kekal memerintah negara sungguhpun gagal mendapat undi popular rakyat disebabkan sokongan Melayu.

Perdana Menteri minoriti itu masih belum memberikan reaksi langsung pada tuntutan badan pendesak Melayu bernama Perkasa baru-baru ini.
"“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu...Kita (Perkasa) tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” tegas pemangku Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar.
Desakan itu semasa PRU13 menyaksikan Umno BN mendapat 133 kerusi Parlimen sahaja berbanding 140 dalam pilihan raya umum sebelumnya, 8 Mac 2008.
Kelemahan Barisan Nasional yang dikatakan berpunca oleh 1Malaysia telah dianggap menjauhkan Barisan Nasional daripada bukan Melayu, hatta Najib sendiri terluah 'Tsunami Cina' untuk menutup kelemahan itu.
Mengikut dari dekat mengenai politik perkauman yang membabitkan Melayu dan bukan Melayu seakan ada…

Toray rai ulang tahun ke-40 di P.Pinang

ULANG tahun ke-40 penubuhan Perbadanan Perindustrian Toray Malaysia diraikan dengan penuh meriah di Pulau Pinang baru-baru ini
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menjadi dif kehormat bagi Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Toray, Datuk Sadayuki Sakakibara, Akihiro Nikkaku (Ketua Pegawai Operasi) dan Hiroshi Yoshimura M. (Pengarah Urusan) pada majlis tersebut.

Nikkaku semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, pihaknya giat memberi tumpuan pada perkembangan ekonomi di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia dalam sektor tekstil, gentian, filem, ubat-ubatan, produk perubatan dan sebagainya.

Guan Eng yang berucap kemudian merakamkan pengharhaan kepada Toray yang berasal dari Jepun setia memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelabutan utama sejak tahun 1973.

"Lebih daripada 3,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja dalam Kumpulan syarikat-syarikat Toray (Malaysia) itu meliputi empat bidang perniagaan utama, iaitu gentian poliester, tekstil, resin plastik …

Kes tuntut p'raya PBT P.Pinang didengar esok

BiCARA kes Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyaman Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gara-gara menghalang pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri berkenaan akan didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 29 Mei ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu wajar bagi memaksa kedua-dua defendan membenarkan proses pelaksanaan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagaimana diperuntukan dalam Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012.

“Perkara ini amat penting kepada rakyat Pulau Pinang bagi memilih Ahli Majlis di dalam PBT bagi membantu mereka dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan PBT (pihak berkuasa tempatan) di tempat mereka.

“SPR perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan satu pilihanraya PBT di Pulau Pinang jika tuntutan (saman) ini berjaya,” tegas Kon Yeow di Komtar, di sini baru-baru ini.

A…

Hari Air Sedunia tuntut P.Pinang cermat guna air

KETUA Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mengajak rakyat Pulau Pinang supaya cermat menggunakan air sempena keraian Hari Air Sedunia baru-baru ini.

"Saya tahu rakyat Pulau Pinang sangat membudayakan konsep 'bersih'...tetapi itu tidak bermakna kita perlu guna air yang begitu banyak di rumah.

"Justeru, sekaranglah masa terbaik untuk 'ubah' (iaitu) dari begitu banyak menggunakan air pada cermat menggunakan air yang dibekal," ujar beliau dalam satu majlis keraian di Taman Botani, George Town.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), V.S.Raveentharen (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung) dan Jasmin Maidin (Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP) turut hadir pada ke…

P.Pinang bina 1,900 unit rumah Chelliah Park City

SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.

"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.

Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dala…