GUAN Eng menurunkan tanda tangan kenang-kenangan pada baju seorang peminatnya. |
GUAN Eng menyampaikan ucapan perasmian Hari Air Sedunia sambil diperhati oleh Mohd. Rashid Hasnon (tengah). |
KETUA Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mengajak rakyat Pulau Pinang supaya cermat menggunakan air sempena keraian Hari Air Sedunia baru-baru ini.
"Saya tahu rakyat Pulau Pinang sangat membudayakan konsep 'bersih'...tetapi itu tidak bermakna kita perlu guna air yang begitu banyak di rumah.
"Justeru, sekaranglah masa terbaik untuk 'ubah' (iaitu) dari begitu banyak menggunakan air pada cermat menggunakan air yang dibekal," ujar beliau dalam satu majlis keraian di Taman Botani, George Town.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), V.S.Raveentharen (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung) dan Jasmin Maidin (Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP) turut hadir pada keraian sedunia itu.
Pada perayaan itu, Guan Eng menyempurnakan majlis melepaskan belon ke udara sebagai membawa masej kepada seluruh warga Pulau Pinang supaya saling cermat menggunakan bekalan air bersih di negeri berkenaan.
Difahamkan, populasi rakyat Pulau Pinang bagi tahun 2012 sebanyak 1.611 juta dan purata air domestik yang dibekalkan bagi tahun 2012 sebanyak 474 juta liter tiap-tiap hari.
"Jika kita membahagi 474 juta liter dengan 1.611 juta rakyat, kita mendapati anggaran kegunaan air domestik di Pulau Pinang bagi tahun 2012 adalah sebanyak 294 liter per kapita tiap-tiap hari," ujar Guan Eng.
Hari Air Sedunia yang dirai pada 22 Mac tiap-tiap tahun diraikan secara meriah oleh Kerajaan Negeri pada 18 Mei lepas kerana memberi laluan kepada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini. -END
No comments:
Post a Comment