Skip to main content

Posts

Showing posts from October 27, 2012

Samy Vellu ketuai demo di Kuil Batu Caves bukan jenaka politik

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mengetuai demontrasi membantah pembinaan kondomonium 29 tingkat berdekatan Kuil Batu Caves, lapor The Malaysian Insider.
Beliau mendakwa projek berbahaya itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada era Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor walhal ia muka dibina sejak tahun 1997, iaitu semasa beliau masih menjadi Menteri Kerja Raya.

Projek tersebut dibangunkan semasa Barisan Nasional masih menguasai Kerajaan Negeri Selangor.

Lebih 300 orang India turun berdemontrasi ataupun beliau mengedarkan lebih 100,000 rakyat akan tampil menyokongnya menentang kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkembangan terbaru itu berjaya menggamit banyak pihak menelah usaha Samy setelah sekian lama nama ahli politik veteran itu tidak kedengaran berjenaka dalam arena politik tanah air. -END