Skip to main content

Posts

Showing posts from April 12, 2016

Ramasamy bimbang kes mati dalam lokap polis meningkat

GEORGE TOWN –Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan kes kematian di dalam lokap polis di negara ini.
Katanya, hampir 255 kes kematikan di dalam lokap direkodkan di seluruh negara antara tahun 2000 hingga 2014, namun dua kes sahaja diakui berpunca daripada pihak polis sendiri.
“Kematian dalam tahanan adalah satu isu yang harus dipandang serius kerana di negeri ini sendiri, sebanyak 9 kes direkodkan pada tahun 2014 dikuti 4 kes pada 2015,” kata Ramasamy ketika berucap pada Majlis Kempen Menentang Penyeksaan & Hukuman Zalim dekat konkos Komtar di sini baru-baru ini.
Majlis kempen kesedaran itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan kerjasama dua organisasi bukan kerajaan (NGO), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di bawah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Amnesty International Malaysia (AIM).
Tegas Ramasamy lagi, kes sebegitu sepatutnya tidak berlaku kerana setiap individu mempunyai hak kepada nyawa, sebag…