10 December 2015

Gaji RM22,500 tapi "Non Panjang" bisu dan tuli dalam PAU

Sepatutnya Khairy Jamaluddin membela rakyat atas keanggotaannya dalam Jemaah Menteri, bukan keluh-kesah dalam PAU semata-mata.

Pro Khairy berkata sekurang-kurangnya ketua mereka bersuara juga, di tengah-tengah para pemimpin lain saling bercakaran.

Bagi Umno Pulau Pinang umpamanya, patut berasa malang kerana Pengerusi Negeri Datuk Zainal Abidin Osman yang lebih mesra dipanggil "Non Panjang" langsung tak membangkitkan isu-isu rakyat di negeri ini.

81 permohonan Lesen Pemajuan & Permit Iklan (DLAP) yang Pusat masih enggan meluluskan mengakibatkan projek pembangunan perumahan antaranya masih tidak dapat dibina di Pulau Pinang.

Ada tujuh projek tangani banjir bernilai RM805.4 juta yang dijanjikan dalam RMK-11 untuk Pulau Pinang, tetapi sehingga kini di mungkiri oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salah satunya, RM450 juta projek pelebaran dan mendalamkan Sungai Pinang.

"Non Panjang" patut lantang bersuara mengenai dua isu ini kerana membabitkan kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Lagipun, beliau adalah Penasihat Khas Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara, serta dibayar gaji kira-kira RM22,500 tiap-tiap bulan.

"Non Panjang" bisu, sepatah pun tak bersuara dalam PAU untuk memujuk Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan berwajib untuk rakyat Pulau Pinang.

Lagi baik Umno menamakan Datuk Jahara Hamidi atau Sr. Mohamed Farid Saad dipilih menjadi Penasihat Khas Perdana Menteri, berbanding "Non Panjang" yang bisu dan tuli dalam PAU.

Jahara dan Mohamed Farid lantang, antaranya membantah penjualan tanah tapak Pengkalan TUDM   di Butterworth atas kepentingan nasional, negeri dan rakyat.

Harap gaji sahaja RM22,500, tapi "Non Panjang" bisu dan tuli dalam PAU kini.

Penderma RM2.6 bilion ramai, Zahid penipu macam Najib

Qarinah  atau bukti penguat digunakan apabila tiada saksi dalam kejadian Nabi Yusuf dituduh cuba merogol jelitawan Zulaika.

Firman Allah SAW bermaksud:

"...Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

"Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar." [Surah Yusuf: 26 & 27]

RM2.6 bilion yang sah dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak itulah adalah qarinah bahawa ada unsur penyelewengan membabitkan perdana menteri itu.

Apabila ada perwakilan bertanya dalam PAU, ke mana RM2.6 bilion jika ya digunakan untuk kerja-kerja, bertambah jelas bahawa Najib berbohong.

Sama ada penyumbang RM2.6 bilion terbabit terdiri oleh seorang atau ramai, kenapa Najib sendiri menerima sejumlah wang itu secara peribadi wajib disiasat.

Justeru, Ahmad Zahid Hamidi elok jadi jadi pembohong seperti Najib dalam skandal kewangan RM2.6 bilion ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus