Skip to main content

Posts

Showing posts from September 22, 2014

Landasan keretapi 120 tahun Bukit Bendera kini dibuka semula

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBBUKIT BENDERA - Landasan keretapi lama berusia hampir 120 tahun sepanjang 850 meter dari bawah ke bahagian tengah Bukit Berdera kini siap dipulihara, dan bersedia untuk menjadi satu lagi tarikan pelancong ke negeri ini.Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dalam ucapannya berharap, pembukaan semula landasan itu sekaligus diharap memberi manfaat kepada komuniti setempat."Selain mengelak daripada aktiviti sibuk, landasan (keretapi) ini boleh dijadikan laluan alternatif semasa kecemasan atau sewaktu (operasi) kereta kabel tergendala," ujar Zairil, yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Penang Institude (PI) pada majlis perasmian pembukaan semula landasan keretapi tersebut di sini baru-baru ini.Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Lee Kah Choon dan pengurus besarnya, Dr Lawrence Khoo turut hadir pada majlis keraian tersebut.Zairil memberitahu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng beberapa bulan lepas mengumumkan hasrat untuk memulihara w…

Youth Exchange Program cipta sejarah MPSP, Gwangju Metropolitan City

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program secara bersama dengan deligasi antarabangsa dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea di sini baru-baru ini.Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff berkata, beliau berharap Youth Exchange Program terus mengerat lagi hubungan persahabatan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di kedua-dua bandar, Seberang Perai dan Gwangju pada masa depan."Program persahabatan ini juga sebenarnya membuka peluang kepada semua deligasi dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea untuk menimba pengalaman serta mengenali dengan lebih dekat MPSP sebagai PBT, kebudayaan Malaysia (serta) cara hidup komuniti tempatan."Kalau ada peluang dan sumber, mungkin selepas ini pelajar dan delegasi kita pula ke Gwangju," ujar Maimunah pada majlis penutupan Youth Exchange Program di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini…

Dua bulan tender terbuka bina 600 rumah di Ujung Batu

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBBAYAN LEPAS - Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyatakan hasrat untuk membina 600 unit rumah mampu milik di atas sebidang tanah berkeluasan 5.2 hektar di Ujung Batu dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam.Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengumumkan tender terbuka selama dua bulan supaya syarikat pemaju yang berminat boleh bersama dalam merealisasikan projek misi rumah mampu milik rakyat tersebut."Jadi, kepada pemaju yang berminat bolehlah mengambil bahagian dalam tender terbuka selama dua bulan ini, (iaitu) bermula pada 2 September hingga 3 November (depan)," kata Guan Eng kepada wartawan di Kompleks PDC di sini baru-baru ini.Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar turut menyertai sidang media tersebut.Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap projek tersebut dapat menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik serta selesa untuk rakyat, memandangkan kir…

Peluang lebih cerah jika sertai Misi Rumah Mampu Milik sekarang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBBAGAN JERMAL- Kerajaan Negeri berharap lebih ramai warga Pulau Pinang berpeluang memohon rumah idaman masing-masing melalui program jelajah Misi Rumah Mampu Milik di peringkat parlimen dan daerah, sekarang.Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, rancangan membina 22,575 unit rumah mampu milik secara berperingkat di 12 lokasi meliputi bahagian pulau dan Seberang Perai adalah keutamaan Kerajaan Negeri hari ini."Fasa I projek Bandar Cassia (dekat Batu Kawan) merangkumi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan 371 unit rumah mampu milik (keseluruhannya 520 unit) telahpun mula sejak tahun lepas lagi kerana ini antara 'Mission Home-Possible' kita."Peluang untuk membeli rumah idaman lebih cerah sekiranya pemohon segera daftar (melalui program) 'Mission Home-Possible' sekarang ini, kerana anda akan mengisi senarai teratas untuk dipertimbang oleh sebuah jawatankuasa bebas, iaitu SPEC (Jawatakuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pro…

Diskaun sewa dulu punca kiraan salah melebihi 100 peratus - YDP MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuat penyelarasan semula gara-gara kadar baru di sembilan sewa gerai dan lima kompleks makanan diadu mengalami kenaikan  melebihi 100 peratus.Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff menjelaskan kesemua sembilan pasar awam terbabit sejak era Kerajaan Negeri lalu pada tahun 2008 telahpun diberi diskaun, serta kadar sewa di bawah garis bayaran standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)."RM65 sepatutnya kadar lama standard untuk gerai jenis sayur, tetap, gerai jenis sama di Pasar Awam Tasek Gelugor umpamanya sejak dulu lagi menikmati diskaun RM52 sebulan."Kita telah menetapkan kenaikan berdasarkan kadar sewa lama, iaitu, RM104 sebulan jika dahulu mereka menyewa RM52 (sebulan) supaya kenaikan tiga lagi baik melebihi 100 peratus seperti dipertikai sebelum ini," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di baru-baru ini.Menurut beliau, gerai te…