22 September 2014

Landasan keretapi 120 tahun Bukit Bendera kini dibuka semula

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT BENDERA - Landasan keretapi lama berusia hampir 120 tahun sepanjang 850 meter dari bawah ke bahagian tengah Bukit Berdera kini siap dipulihara, dan bersedia untuk menjadi satu lagi tarikan pelancong ke negeri ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dalam ucapannya berharap, pembukaan semula landasan itu sekaligus diharap memberi manfaat kepada komuniti setempat.

"Selain mengelak daripada aktiviti sibuk, landasan (keretapi) ini boleh dijadikan laluan alternatif semasa kecemasan atau sewaktu (operasi) kereta kabel tergendala," ujar Zairil, yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Penang Institude (PI) pada majlis perasmian pembukaan semula landasan keretapi tersebut di sini baru-baru ini.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Lee Kah Choon dan pengurus besarnya, Dr Lawrence Khoo turut hadir pada majlis keraian tersebut.

Zairil memberitahu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng beberapa bulan lepas mengumumkan hasrat untuk memulihara warisan sejarah tersebut.

Berbekalkan peruntukkan kira-kira RM400,000, katanya lagi, kerja-kerja memulihara tinggalan sejarah tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Landasan keretapi itu dibina dalam era kolonialisme British, pada tahun 1897, merupakan pengangkutan utama membawa penduduk serta hasil pertanian hingga ke puncak Bukit Bendera.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus