22 September 2014

Dua bulan tender terbuka bina 600 rumah di Ujung Batu

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyatakan hasrat untuk membina 600 unit rumah mampu milik di atas sebidang tanah berkeluasan 5.2 hektar di Ujung Batu dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengumumkan tender terbuka selama dua bulan supaya syarikat pemaju yang berminat boleh bersama dalam merealisasikan projek misi rumah mampu milik rakyat tersebut.

"Jadi, kepada pemaju yang berminat bolehlah mengambil bahagian dalam tender terbuka selama dua bulan ini, (iaitu) bermula pada 2 September hingga 3 November (depan)," kata Guan Eng kepada wartawan di Kompleks PDC di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar turut menyertai sidang media tersebut.

Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap projek tersebut dapat menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik serta selesa untuk rakyat, memandangkan kira-kira 314 rumah setinggan dikenalpasti di sana, kini.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membaiki hidup rakyat, sungguhpun isu perumahan di negeri ini sejak tahun 2008 seakan menerima reaksi dingin daripada Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus