29 August 2013

Tanda Putera berunsur fitnah, KM nasihat pawagam

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, filem Tanda Putera yang didakwa berunsur fitnah tidak wajar ditayangkan di panggung wayang gambar (pawagam) sekitar Pulau Pinang demi memelihara keharmonian kaum.

Beliau berkata, pendirian Kerajaan Negeri itu adalah berupa nasihat, bukan larangan atau tindakan undang-undang sebagaimana yang cuba dikelirukan oleh pihak tertentu, sekiranya pengenadali pawagam masih mahu menayangkan filem kontroversi tersebut di negeri berkenaan.

"Apabila ada babak-bakak yang membuat provokasi kaum dan menimbulkan kebencian kaum, saya rasa itu salah.

"Selepas ini, saya berharap tidak ada salah tafsir pihak tertentu menggunakan perkataan 'haram' (bagi pawagam menayangkan filem Tanda Putera), ia (pendirian Kerajaan Negeri) hanya nasihat," ujar beliau petang tadi di Komtar, George Town.

Nada yang sama turut diperjelas oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow sebelum itu berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut mengeluarkan surat pekeliling 'nasihat' senada dengan pendirian Kerajaan Negeri.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) turut hadir pada sidang media itu.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut mempertikai pendirian Kerajaan Pusat melalui Perbadanan Kemajuan  Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) membiayai penerbitan filem kontroversi itu yang menelan kos RM4.8 juta.

"Pengarah sendiri telah mengakui (beberapa babak) adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan 'lesen kreatif'.

"(Namun), 'lesen kreatif' ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian serta mencetuskan konflik (di negeri ini)," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar Kerajaan Pusat yang didakwa lebih mementingkan sentimen perkauman berbanding keharmonian rakyat di nagara ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus