Skip to main content

Posts

Showing posts from May 21, 2015

Projek tebatan banjir berimpak tinggi di SPT RM54 juta – Kon Yeow

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM54 juta secara berperingkat mulai tahun ini untuk melaksanakan empat projek tebatan banjir berskala besar di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah.
Exco Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, insiatif bersepadu membabitkan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Pejabat Daerah & Tanah (PDT) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu diharap dapat mengurangkan lagi risiko banjir kilat di beberapa kawasan tumpuan bencana pada masa depan.
“Inilah projek berskala lebih besar yang akan dilaksanakan di Daerah SPT pada tahun ini untuk tempoh dua hingga tiga tahun, di mana peruntukan RM54 juta diperlukan bagi melaksanakan empat projek berimpak tinggi ini.
“Bagi tahun 2015 adalah untuk kajian dan reka bentuk pemajuan, mungkin yang diperlukan adalah tidak banyak (peruntukan), tetapi, pada tahun 2016 dan 2017 adalah kerja-kerja pemajuan mula dilaksanakan sampai siap.