Skip to main content

Posts

Showing posts from March 31, 2016

PDC agensi Kerajaan P. Pinang pertama amal Dasar Pemberi Maklumat, kata Guan Eng

BAYAN BARU – Pemberi maklumat mengenai pelanggaran tatakelakuan seperti amalan rasuah umpamanya dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan dilindungi, melalui pelaksanaan Dasar Pemberi Maklumat.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, PDC adalah agensi Kerajaan Negeri yang pertama melaksanakan dasar integriti tersebut.
“Beberapa langkah integriti telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagai inisiatif dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang bersih.
“Antara yang telah kita lakukan ialah menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan barisan Exco; melaksanakan tender terbuka yang kompetetif; tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan; melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada meluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri dan tidak menerima 'donation' ('sumbangan'),” ujar Guan Eng di Kompleks PDC di sini baru-baru ini.
Guan Eng berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancara…

Guan Eng harap RM66 juta pelaburan Bosch remajakan lagi FTZ Bayan Lepas

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN LEPAS - Peluasan kilang menghasilkan peranti info pandang dengar dan navigasi automotif bersepadu industri Bosch Car Multimedia Penang (Bosch) yang mula beroperasi pada hari ini dianggarkan menelan belanja RM66 juta.
Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap, perkembangan terbaru Bosch itu sekaligus memulihara serta meremajakan lagi Zon Perindustrian (FTZ) Bayan Lepas sebagai destinasi pelaburan pilihan terbaik di rantau ini.
"Kilang Bosch Kereta Multimedia mencerminkan komitmen kita (Kerajaan Negeri) ke arah meningkatkan rantaian nilai yang menarik dalam industri kreatif, dengan memberi tumpuan pada pemacuan nilai inovasi. 
"Seperti yang kita (Kerajaan Negeri) usahakan, ke arah mentransformasikan Pulau Pinang daripada hab pembuatan menjadi pemain utama dalam perkhidmatan perniagaan global serta industri multimedia kreatif di rantau ini," jelas Guan Eng di sini pagi ini semasa merasmikan pembukaan bahagian tambahan …