31 March 2016

Guan Eng harap RM66 juta pelaburan Bosch remajakan lagi FTZ Bayan Lepas

KETUA Menteri (tengah) diiringi Mohd. Rashid Hasnon (empat dari kiri) dan Dr. Li Song (dua dari kiri) pada majlis pembukaan peluasan kilang Bosch Pulau Pinang di Bayan Lepas, pagi ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Peluasan kilang menghasilkan peranti info pandang dengar dan navigasi automotif bersepadu industri Bosch Car Multimedia Penang (Bosch) yang mula beroperasi pada hari ini dianggarkan menelan belanja RM66 juta.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap, perkembangan terbaru Bosch itu sekaligus memulihara serta meremajakan lagi Zon Perindustrian (FTZ) Bayan Lepas sebagai destinasi pelaburan pilihan terbaik di rantau ini.

"Kilang Bosch Kereta Multimedia mencerminkan komitmen kita (Kerajaan Negeri) ke arah meningkatkan rantaian nilai yang menarik dalam industri kreatif, dengan memberi tumpuan pada pemacuan nilai inovasi. 

"Seperti yang kita (Kerajaan Negeri) usahakan, ke arah mentransformasikan Pulau Pinang daripada hab pembuatan menjadi pemain utama dalam perkhidmatan perniagaan global serta industri multimedia kreatif di rantau ini," jelas Guan Eng di sini pagi ini semasa merasmikan pembukaan bahagian tambahan kilang tersebut di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato 'Herbert Weiler (Konsul Kehormat Jerman ke Pulau Pinang), Dato' Lee Kah Choon (Penasihat Khas Ekonomi kepada Ketua Menteri) dan Loo Lee Lian (Pengurus Besar Invest Penang) turut sertai majlis itu. 

Hadir sama, beberapa pemimpin utama firma pembuatan peranti kereta Bosch Car Multimedia Penang itu, antaranya Dr. Li Song (Pengarah Urusan Komersial), Johan Karlsson (Pengarah Urusan), Dr. Martin Griebel (Ketua Pembangunan Produk dan Kejuruteraan), Liew Wei Min (Ketua Operasi Pengilangan SMT).

Selain itu, tambah Guan Eng, Pulau Pinang berjaya mencipta rekod tersendiri, iaitu dalam tempoh lapan tahun antara 2008 hingga 2015 mencatatkan pelaburan sebanyak RM55 bilion, dengan peningkatan 90 peratus berbanding RM29 bilion jumlah pelaburan dalam tempoh lapan tahun sebelum itu, daripada 2000 hingga 2007.

Sebelum itu, Dr. Li Song memberitahu Bosch Kereta Multimedia Pulau Pinang sejak tahun 2015 mempunyai 150 jurutera dan meningkat pada bilangan 220 orang pada tahun ini.

"Kilang Car Multimedia di Pulau Pinang telah dipilih sebagai salah satu pusat pembangunan global Bosch berdasarkan beberapa faktor, termasuk dari segi mempunyai jututera tempatan yang mencukupi dan berkelayakan, selain lokasi strategik untuk membekalkan dan mengekspot produk kami ke seluruh dunia," jelas Dr. Li Song.

Difahamkan, hampir 90 tahun lalu sejak 1923, Robert Bosch Sdn. Bhd. (Bosch Malaysia) membuka kilang di Selangor dan Johor, manakala di bertapak di Pulau Pinang sejak 40 tahun lalu.

Bosch Malaysia pada tahun 2014 direkodkan menyumbang jualan sebanyak RM552 juta.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus