18 February 2015

Umno kian gelisah apabila dunia, Malaysia sokong Anwar Ibrahim


Persempadanan semula kawasan pilihan raya jadi projek no.1 UG, Umno?


Ini video yang viral di whatsapp sejak petang tadi.

Di bawah adalah transkripnya:

".....tak apalah….Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.

"Ini boleh kita buat. Dinamakan ta’awun – ta'awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS! Ini boleh kita kerjasama.

"Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50 ; PAS dapat 10 kerusi cukuplah! Ada orang PAS yang macam tu!

"Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! [Allahu akbar] Kalau ada orang PAS macam itu! Ini, dengan sebab ada perbincangan.

"Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini. Orang nak paksa kita…untuk."

Statistik peluk Islam menurun ke angka 289 orang, Mufti P.Pinang nasihat myIKUT

AZLEY Stanley (dua dari kiri) menyerahkan proposal rancangan masa depan dakwah non-muslim anjuran myIKUT kepada Sohibus Samahah Dr. Wan Salem Wan Mohd. Noor (tengah) sambil disaksikan oleh Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (kanan sekali), Ustaz Mohd. Hanif Omar @ Wahab dan Zainulfaqar Yaacob (kiri sekali) di Pejabat Mufti Pulau Pinang dekat Komtar pada pagi tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Seramai 303 orang non-muslim akhirnya secara rela melafazkan dua kalimah syahadah melalui Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (myIKUT) pada tahun 2013, dan menurun ke angka 289 orang pada tahun berikutnya.

Justeru, Mufti Pulau Pinang Sohibus Samahah Dato' Dr Wan Salin Wan Mohd Noor menasihatkan myIKUT supaya terus menerapkan unsur kesederhanaan tulen serta semangat kemanusiaan dalam aktiviti dakwah non-muslim oleh NGO berkenaan.

"Islam agama mudah dan agama kasih sayang, mana ada agama yang mengajar permusuhan sesama manusia.

"Maka, dakwah Islam pun mesti sederhana dan terus mengajak kasih sayang sesama manusia," ujar Wan Salim pada pertemuan tertutup di pejabatnya dekat Komtar di sini, pagi tadi.

Menurut Wan Salim, kesederhanaan tulen dalam melaksanakan dakwah non-muslim sebegitu sekaligus mampu mengukuhkan persaudaraan di kalangan warga negeri, yang terdiri oleh pelbagai agama dan kaum-kaum serta latar belakang sosio-politik berbeza-beza.

SOHIBUS Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (kiri sekali) memberikan beberapa nasihat kepada Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (dua dari kiri) dan Azley Stanley (tiga dari kiri) mengenai keanjalan dakwah non-muslim yang dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W serta zaman Sahabat r.a.hum. Hadir sama, Zainulfaqar Yaacob (kanan sekali).

Beliau turut memuji komitmen Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dalam agenda memartabatkan Islam serta dakwah non-muslim di negeri ini.

Selain komitmen Abdul Malik, katanya, Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) serta Zakat Pulau Pinang (ZPP) difahamkan gigih meningkatkan mutu pelanggan masing-masing, termasuk menggandakan kerjasama strategik dengan beberapa NGO dakwah atas mana Majlis Dakwah Negeri.

AZLEY Stanley (kanan) membentangkan kepada Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (kiri) mengenai pengalaman program ziarah keluarga Saudara Baru di negeri ini yang rata-rata menghadapi masalah 'kemiskinan hidup beragama', sambil disertai oleh Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (tengah) di sini pada pagi tadi.

Sebelum itu, Penaung myIKUT Tuan Haji Zolkifly Md Lazim membentangkan mengenai beberapa rancangan dakwah NGO tersebut untuk tahun ini dan tahun depan.

Manakala, Pengerusinya Azley Stanley-myikut pula berkongsi beberapa kes berbangkit yang nyata dihadapi oleh saudara baru (mualaf) serta menuntut lebih perhatian daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri berwajib.

Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Fatwa di Jabatan Mufti Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Hanif Omar @ Wahab turut menyertai majlis interaksi tertutup tersebut.

Dalam perkembangan lain, Azley turut berkongsi pengalaman menyempurnakan dakwah non-muslim serta majlis melafaz dua kalimah syahadah seorang model jelita bernama Eva, melalui telefon pintar.

Bagaimana isu upah haji mahal, tanya Cik Sofiyya Tan Abdullah kepada myIKUT

Mesyuarat jawatankuasa NGO myIKUT di bawah Penaung Tuan Haji Zolkifly Md Lazim (berbaju merah putih) di Permatang Pauh, malam tadi.

SOALAN SAUDARA KITA
Saya baru memeluk Islam selepas ibu saya yang kini terlalu uzur memeluk Islam. Saya pun tahu bahawa mengerjakan haji itu Rukun Islam Ke-5. Soalan saya, bagaimana nak melaksanakan kewajipan itu bagi emak saya yang begitu uzur dengan kos haji yang terlalu mahal?


JAWAPAN
Terima kasih atas soalan Cik Sofiyya Tan Abdullah atas soalan ini.

Semoga Allah merahmati keluarga Cik dan keluarga saya juga. Amin Ya Razzaq!

Hukum mengerjakan haji Islam kali pertama bagi mukalaf yang berkemampuan adalah wajib.

Kemampuan yang dimaksudkan di sini dari segi:

1. Hidup (atau bukan mati)
2. Ada tenaga kudrat
3. Ada duit ringgit

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
"...dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya..."
[Surah An-Nisa': 97]
Ulasan:
Kewajipan bagi haji pertama sahaja, dan afdhol (lebih baik) membiayai mukalaf lain jika mempunyai lebih kemampuan untuk melaksanakan haji seterusnya.

Pun begitu, ada ganti/upah haji atau badal haji dalam Islam bagi mereka yang tiada kemampuan seperti disebut di atas.

Badal haji bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan, tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Soalan Cik mengingatkan saya pada berapa peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Dalil 1:
Daripada Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?" Rasulullah SAW menjawab, "Boleh."
[riwayat Imam Muslim, sahih]
Ulasan:
Inilah pendapat Iman Asy-Syafie, Imam Malik dan Iman Abu Hanifah.

Dalil 2
Daripada Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita daripada Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji, tetapi, dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya?" Nabi menjawab, “Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.
[riwayat Imam Al-Bukhary, sahih]
Ulasan:
Haji nazar dikira sebagai haji Islam bagi mereka yang belum mengerjakan haji Islam, maka, ia harus mengerjakan haji nazar selepas itu semampu mungkin.

Bagi mereka yang badal haji dan kemudiannya sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur, sebaliknya yang bersangkutan wajib mengulanginya.

Menurut Imam Ahmad, kewajibannya telah gugur.

Bagi mereka yang meninggal dunia sebelum sempat malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka, walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Dalil 3
Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji. Nabi bersabda, “Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”.
[riwayat An-Nasaie]

Ulasan:
Dibolehkan seseorang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia, walaupun tidak diwasiatkan untuk berbuat demikian.

Di bawah adalah mengenai respons saya pada isu upah haji yang didakwa terlalu mahal untuk ibu Cik yang uzur tersebut:

1. Jika mahal yang diluar kemampuan, hukumnya tidak wajib untuk melaksanakan badal haji, kerana asal hukum wajib haji Islam sekalipun hanya atas mukalaf yang berkemampuan. [lihat Surah Ali Iimran: 97]

2. Jika mahu badal haji dengan ibu Cik berkenaan bersumberkan loan bank sekalipun, hukumnya harus dengan syarat Cik sendiri mesti ada kemampuan untuk melangsaikan hutang berwajib tersebut kelak.

3. Cik sendiri boleh mengerjakan badal haji untuk ibu yang masih hidup uzur berkenaan, dengan syarat Cik sendiri telahpun menunaikan kewajipan itu untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." [Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]

Daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' [Riwayat Ahmad dan Nasai]


KESIMPULAN
Kemampuan menjadi status hukum wajib atau sebaliknya dalam mengerjakan haji/upah haji, sekaligus menyerlahkan bahawa Islam agama mudah untuk umat, khususnya saudara baru.

Wallahu 'alam


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis / Sukarelawan
Pertubuhan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (myIKUT)

Permatang Pauh | 18 Feb 2015 | 03:05

+60194241583 | faqar.blogspot.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus