AZLEY Stanley (dua dari kiri) menyerahkan proposal rancangan masa depan dakwah non-muslim anjuran myIKUT kepada Sohibus Samahah Dr. Wan Salem Wan Mohd. Noor (tengah) sambil disaksikan oleh Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (kanan sekali), Ustaz Mohd. Hanif Omar @ Wahab dan Zainulfaqar Yaacob (kiri sekali) di Pejabat Mufti Pulau Pinang dekat Komtar pada pagi tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Seramai 303 orang non-muslim akhirnya secara rela melafazkan dua kalimah syahadah melalui Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (myIKUT) pada tahun 2013, dan menurun ke angka 289 orang pada tahun berikutnya.
Justeru, Mufti Pulau Pinang Sohibus Samahah Dato' Dr Wan Salin Wan Mohd Noor menasihatkan myIKUT supaya terus menerapkan unsur kesederhanaan tulen serta semangat kemanusiaan dalam aktiviti dakwah non-muslim oleh NGO berkenaan.
"Islam agama mudah dan agama kasih sayang, mana ada agama yang mengajar permusuhan sesama manusia.
"Maka, dakwah Islam pun mesti sederhana dan terus mengajak kasih sayang sesama manusia," ujar Wan Salim pada pertemuan tertutup di pejabatnya dekat Komtar di sini, pagi tadi.
Menurut Wan Salim, kesederhanaan tulen dalam melaksanakan dakwah non-muslim sebegitu sekaligus mampu mengukuhkan persaudaraan di kalangan warga negeri, yang terdiri oleh pelbagai agama dan kaum-kaum serta latar belakang sosio-politik berbeza-beza.
Beliau turut memuji komitmen Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dalam agenda memartabatkan Islam serta dakwah non-muslim di negeri ini.
Selain komitmen Abdul Malik, katanya, Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) serta Zakat Pulau Pinang (ZPP) difahamkan gigih meningkatkan mutu pelanggan masing-masing, termasuk menggandakan kerjasama strategik dengan beberapa NGO dakwah atas mana Majlis Dakwah Negeri.
Sebelum itu, Penaung myIKUT Tuan Haji Zolkifly Md Lazim membentangkan mengenai beberapa rancangan dakwah NGO tersebut untuk tahun ini dan tahun depan.
Manakala, Pengerusinya Azley Stanley-myikut pula berkongsi beberapa kes berbangkit yang nyata dihadapi oleh saudara baru (mualaf) serta menuntut lebih perhatian daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri berwajib.
Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Fatwa di Jabatan Mufti Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Hanif Omar @ Wahab turut menyertai majlis interaksi tertutup tersebut.
Dalam perkembangan lain, Azley turut berkongsi pengalaman menyempurnakan dakwah non-muslim serta majlis melafaz dua kalimah syahadah seorang model jelita bernama Eva, melalui telefon pintar.
Dalam perkembangan lain, Azley turut berkongsi pengalaman menyempurnakan dakwah non-muslim serta majlis melafaz dua kalimah syahadah seorang model jelita bernama Eva, melalui telefon pintar.
No comments:
Post a Comment