(Dari kiri) AZRAN Chan, Zolkifly Md. Lazim, Eva @ Esley Anak Tikin, Firdaus Wong dan Azley Stanleydi Pusat Multiracial Reverted Muslim (MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN -
Kepintaran teknologi telekomunikasi yang dikejar-kejar acapkali
digambarkan akan membawa tamadun manusiawi ke lembah kebinasaan.
Pengerusi IKUT Mewakili
Suara 10,000 Reverts Pulau Pinang (myIKUT),
Azley Stanley berkata, beliau baru-baru ini berjaya memujuk seorang
jelitawan melafazkan dua kalimah syahadah (syahadatain)
selepas berinteraksi dakwah melalui telefon pintar.
“Sebenarnya
saudara baru kita ini sudah mempunyai minat untuk mengenai keindahan
Islam, tetapi, ada beberapa masalah membelenggu perasaannya.
“Apabila
saya menyusun semula cara berfikir beliau mengenai masalah-masalah
yang dikongsikan itu, saya tidak sangka bahawa beliau ingin
melafazkan syahadatain.
“Tanpa
lengah, proses melafaz dua kalimah syahadah dilakukan melalui
telefon, dan Saya sebak dan terharu kerana mudahnya hidayah Allah
memujuk hati hambanya,” jelas Azley menerusi telefon.
Dua
hari kemudian, Azley Stanley bersama-sama Penaung myIKUT,
Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dan Sdr. Azran Chan ('pemudah cara'
lantikan Jabatan Agama Islan Negeri Pulau Pinang, JAINPP) bergegas
kepada Pusat Multiracial Reverted Muslims
(MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk majlis lanjut.
“Islam
agama mudah, sebab itu nak menjadi muslim cukup dengan melafazkan dua
kalimah syahadah sahaja, selepas kita benar-benar yakin dan rela
untuk memeluk agama Islam.
“Soal
pendaftaran dan isi borang yang disediakan oleh jabatan agama Islam
itu adalah proses teknikal untuk kesempurnaan pendaftaran sebagai
seorang 'Saudara Kita' (muallaf)
sahaja, bukanlah syarat kesempurnaan untuk peluk agama Islam.
“Sebab
itu, saya sendiri permudahkan proses 'Saudara Kita' ini, iaitu lafaz
dua kalimah syahadah menerusi telefon sahaja,” jelas Nor Azley
lagi, penerima Anugerah Tokoh Saudara Baru Sempena Sambutan Maal
Hijrah 1436H/2014 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
DULU
FELIXIA YEAP, SEKARANG EVA
Zolkifly yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang berkata, pengalamannya mengikuti perkongsian 'Saudara Kita' berkenaan baru-baru ini mengingatkan kepada kehebatan Islam mengubah peribadi seorang model cantik bernama Felixia Yeap Chin Yee atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap tidak lama dahulu.
Zolkifly yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang berkata, pengalamannya mengikuti perkongsian 'Saudara Kita' berkenaan baru-baru ini mengingatkan kepada kehebatan Islam mengubah peribadi seorang model cantik bernama Felixia Yeap Chin Yee atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap tidak lama dahulu.
FELIXIA Yeap |
Tentu
ramai yang tertanya-tanya, siapakan gadis jelita yang digambarkan
memeluk Islam seperti jelitawan Felixia itu?
Daripada
rekod myIKUT, 'Saudara
Kita' tersebut dikenali sebagai Eva atau nama sebenarnya Elsey Anak
Tikin, 29 tahun, yang merupakan gadis peranakan Kadazan dari wilayah
Keningau dekat Sabah.
Eva
merupakan model profesional sepenuh masa, dan kini mula
berjinak-jinak dengan dunia fotografi selepas terbuka hatinya untuk
memeluk Islam.
Eva
masih belum berteman, tetapi tinggal di Puchong.
“Sebenarnya
saya telah lama berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat,
tetapi tidak ada yang membantu.
“Saya
cuba mencari keluarga angkat, tetapi mungkin semasa itu belum
berjumpa, kerana saya sendiri bimbang akan mendapat pendapat berbeza
daripada keluarga kandung saya nanti.
Kawan-kawan
memang ada yang tahu mengenai minat saya ini, tetapi, tidak berani
untuk mengambil risiko.”
Itu,
antara perkongsian Eva dengan myIKUT
selepas selesai majlis pendaftaran dan syahadatain
di MRM baru-baru ini.
“Saya
hanya memberi respons yang rasional untuk beberapa masalah yang
dibangkitkan Eva sahaja, sehingga beliau sendiri terbuka untuk
memeluk Islam,” kata Azley Stanley lagi.
Kini,
Eva akan mengikuti kelas pendidikan agama secara anjal di MRM, di
bawah kendalian Firdaus Wong.
Firman
Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...”
[Surah An-Nahl: 125]
No comments:
Post a Comment