06 August 2014

Abu Nawas, Nasorudin Shah Mat sindir siapa plak isu 'pilih bulu'?

BAGUS juga Abang Nasorudin Shah Mat cetuskan status diri di atas.

Seingat saya, saya ada tulis erti rumah abang pimpinan P.Pinang hangus terbakar, TKM1 rakam takziah sebab saya ada di tempat kejadian. 

Jadi, sajalah nak seloroh balas, "kalau Phee Boon Poh tawar rumah sementara sampai enam bulan, ada juga Ahli Politik pilih bulu dengan beri sumbangan berupa wang kepada Abang Marzuki..."

Kalau pakai logik Abang Abu Nawas (kini dikenali sebagai Haji Abu Al-Hafiz) dan Nasorudin Shah Mat, patut Datuk Mohd. Rashid Hasnon pun wajar dianggap 'jaga kroni' atau 'pilih bulu'.

Sebab ada entri melaporkan Mangsa rumah terbakar terima sumbangan TKM1.

Yang pasti, Kerajaan Negeri memang akan memberi bantuan segera risau RM1,500 kepada mangsa dalam tempoh 24 jam, diikuti sumbangan Tabung Bencana TYT selepas selesai proses taksiran kerugian bencana dilakukan.

Orang kuat Jelutong macam Sdr. Saiful Azwan dan Haji Yusof Mohd. Noor kita jangan tanya bab 'jaga kroni' atau 'pilih bulu' di sini.

Bukan apa, saya takut nanti orang kata bos depa pun sama 'jaga kroni' kerana ada satu lagi erti melaporkan  mangsa kebakaran terima sumbangan RM1,500.

Bagi saya, bagus lah kalau 'jaga kroni' semacam yang ditunjukkan oleh Phee Boon Poh, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Allah selalu sentiasa memberi pertolongan kepada hamba (manusia) selama (mana) hamba tersebut senantiasa menolong saudaranya." [Sahih Muslim]

Ada kawan lama pesan, kena baca dua tiga lapis kalau terbaca status Abang Abu Nawas dan Abang Nasorudin.

Dua facebooker ini selalu 'pukul anak sindir menantu'.

Dalam firasat saya, mungkin kedua-dua mereka nak tanya, "Bolehlah Zakat Pulau Pinang (ZPP) lebih berperanan berbanding apa Yang ditunjukkan oleh Exco non-Muslim seperti Phee Boon Poh?

Bagi saya, MAINPP di bawah Yang di-Pertua Datuk Salleh Man mampu buat lebih baik lagi kerana banyak ahli politik PAS dipilih sebagai Ahli Majlis agama.

Takkan ZPP tak boleh anugerah rumah bantuan asnaf kepada keluarga Mohd. Zamadi Omar, selepas  206 rumah percuma zakat berjaya diagihkan kepada asnaf terpilih sejak 2008?

Dulu, semua buat kisah tak kisah sungguhpun kes rumah Marzuki Md Lazim di Balik Pulau hangus musnah dijilat api pernah dibawa ke mesyuarat PAS Pulau Pinang sendiri.

"Marzuki tak apa sebab dia ada adik yang kaya bernama Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang)," seloroh seorang AJK PAS Negeri seakan buta sensitiviti, dulu.

Sekarang, takkan nak buat perangai sama?

Apabila baca balik bab meluaskan maksud asnaf (tawasu') yang dikupas oleh Mufti Pulau Pinang Sohibus Samalah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor, saya rasa Bagi saya, keluarga Mohd. Zamadi Omar layak dipertimbang untuk mengena rumah bantuan asmah.

Setuju?

Cikgu Pa atau Rafizi yang bodoh, cuit MSO

Naifnya pemimpin aku apabila respons isu pesta bogel P.Pinang

ADA pemimpin PAS Pulau Pinang menghubungi saya awal pagi tadi dan memuji ketegasan pemimpin pemuda PAS dalam isu pesta bogel di Teluk Bahang.

Dia puji sebab pemimpin itu menulis di whatsApp macam ini:

Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran 'Penang Nude Sports Game'. 
1. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang amat kesal & membantah keras penganjuran program 'Penang Nude Sports Game' yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman http://vimeo.com/m/97390635
2. Penang Nude Sports Game' yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan. 
Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini. 
3. Dengan kadar segera, kami mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) & pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat & mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yg turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5/12/2014 kelak (berdasarkan komen dari laman 'vimeo' tersebut). 
Program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi. 
4. Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan & garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa. 
Sekian.
AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.


ULASAN BJ FAQAR
ELOK di desak Federal atau JAKIM atau Polis atau MAINPP sendiri yang dia sendiri jadi Ahli Majlis.

Saya malas nak ulas sebenarnya sebab YAB Ketua Menteri telah pun ulas semalam mengenai projek membodohkan rakyat yang cuba diviralkan oleh pro Umno dalam internet.


Terlanjur menulis, saya nak nasihat pemimpin pemuda supaya belajarlah mengenai konsep federalisme sama, kalau ya nak tunjuk pandai mengulas isu seumpama ini lagi kelak.

Cuba tengok dulu, isu ini dengan mengambil kira perihal Senarai Persekutuan, atau Senarai Negeri atau Senarai Bersama menurut Perlembagaan. 

Tengok macam mana leval Lim Guan Eng mengurus kontroversi isu pesta bogel yang cuba diviralkan oleh cybertroopers Umno, seperti di bawah:


Tantawi jangan tutup 'bangkai' Khalid Kidex...

TANTAWI (depan, kiri) disebut-sebut akan bertanding Timbalan Presiden PAS pada musing saingan Muktamar Thanawi depan demi mengambil alih peranan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (depan, tengah) membantu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang (depan, kanan).  
"Saya pelik kenapa TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim) dibantai teruk kerana projek yang bukan di bawah bidang kuasanya. Namun, dalam masa yang sama, tidak berlaku pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE)," kata Ustaz Nasruddin Hasan At-Tantawi.

RESPONS BJ FAQAR 
Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak pernah mengamalkan tender terbuka, ertinya projek Lebuh raya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion jelas dianugerahkan kepada syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka.

Ini hakikatnya! 

Projek Kidex tetap akan diteruskan, kata MB Selangor.

Kalau ya pun Tantawi nak sokong kekal Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, KIDEX tanpa tender terbuka adalah 'bangkai' yang tidak boleh ditutup lagi.

Untuk tutup 'bangkai' Kidex yang dipertahan oleh Khalid, Tantawi seakan cuba menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pun tidak mengamalkan tender terbuka dalam projek tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Pulau Pinang pada 14 November 2011 mengumumkan tender secara terbuka dan kompetatif, dengan Lembaga Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipengerusikan sendiri oleh Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri).

Ini kerana, mana-mana ahli politik termasuk Ketua Menteri dicegah menganggotai proses pemilihan tender serta mencampuri urusan menilai semua sebut harga syarikat kontraktor yang membida projek tersebut.

Kos projek tersebut dianggarkan sebanya RM8 bilion, dan Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. dipilih pada 6 Februari 2013 kerana menawarkan harga terendah berbanding beberapa pembida lain, iaitu hanya RM6.3 bilion dengan syarat-syarat yang kompetatif.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 1 Mac 2013 melantik Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mokhtar Jait sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Terma & Syarat Perjanjian Asas Antara Kerajaan Negeri dengan Zenith BUCG, supaya wujud desentralisasi pada amalan tender terbuka ini.

Baca kenyataan rasmi Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti Lim Hock Seng di sini, atau Surat Terbuka Guan Eng, serta di blog berwibawa Anil  Netto.

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dimajukan tanpa tender terbuka akhirnya diberikan kepada UEM Group Berhad.

Oleh kerana Kerajaan Negeri mengamalkan tender secara terbuka dan kompetatif, projek mega bernilai RM6.3 juta di Pulau Pinang akhirnya diperoleh oleh kontraktor Melayu yang langsung tidak dikenali sungguhpun cukup berwibawa.


Jika Tantawi nak menegakkan benang basah juga, kemukakan proses tender terbuka dalam projek Kidex yang cuba dipertahan Khalid, bukan mengfitnah secara tak logik konon-kononnya Kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka dan kompetatif.

Satu lagi, semua info berwajib perjanjian turut didedah lebih 18 bulan untuk mendapat maklum balas semua pihak, termasuk NGO dan persatuan komuniti, selain mengamalkan tender terbuka secara kompetatif.

Sebab itu, sekali lagi saya nak sebut:

"Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak pernah mengamalkan tender terbuka, ertinya projek Lebuh raya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion jelas dianugerahkan kepada syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka. Ini hakikatnya! Projek Kidex tetap akan diteruskan, kata MB Selangor. Kalau ya pun nak Tantawi nak sokong kekal Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, KIDEX tanpa tender terbuka adalah 'bangkai' yang tidak boleh ditutup." - respons BJ FAQAR

Exco tawar kediaman sementara enam bulan, kata mangsa kebakaran


PHEE Boon Poh (paling kanan) bersama-sama mangsa, Mohd. Zamadi Omar (tiga dari kiri) dan dua lain di lokasi kejadian, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI DUA -  Mohd. Zamadi Omar sekeluarga yang rumah mereka baru musnah dijilat api dalam satu kejadian dekat Alor Merah di sini malam tadi turut ditawarkan penempatan sementara selama enam bulan oleh Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Bagaimanapun, Mohd. Zamadi memberitahu bahawa keluarganya memilih untuk menumpang di rumah saudara terdekat di sini buat sementara waktu.

"Terima kasih kepada Exco yang turut datang dan menawarkan penempatan sementara untuk kami sekeluarga," ujar Mohd. Zamadi semasa ditemui malam tadi di tempat kejadian.

Menurut Mohd. Zamadi, kerugian kasar dianggarkan hampir RM150,000.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber tidak rasmi Bomba memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa litar pintas sebagai punca kebakaran tersebut.

Hubungi Mohd. Zamadi Omar di talian whatsapp 012-4888695 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157250020736.

Rumah Exco Pemuda PAS P.Pinang hangus dijilat api


MANGSA, Mohd. Zamadi Omar (kanan) bersama jiran (tengah) dikunjungi AJK PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (kiri) di tempat kejadian, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI DUA - Rumah papan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd. Zamadi Omar sekeluarga berusia hampir 30 tahun dekat Alor Merah di sini musnah dalam dari kebakaran menjelang waktu Maghrib tadi.

Zamadi memberitahu, Bomba sendiri masih menjalankan siasatan berwajib untuk mengenal pasti punca tragedi.

Bagaimanapun, tambah Zamadi, isteri menyedari api menyemarak pada tingkat atas rumah apabila diberitahu jiran.

"Orang perempuan (isteri) dan anak-anak adik tengok televisyen, ada orang kampung tegur awat berasap.

"Terbakar lah, ayah sempat simbah dua timba air sebelum tangan melecur dijilat api," respons Zamadi malam tadi di tempat kejadian.

Zamadi berkata, kebakaran dianggarkan RM150,000, termasuk dokumen berwajib peribadi serta surat-surat parti musnah.

"Cuma, surat beranak anak-anak selamat sebab tersimpan di pejabat," respons Zamadi.

Wakil Bomba dalam kenyataan tidak rasminya kemudian memberitahu, pasukan Penyiasatan Kebakaran masih mencari punca kebakaran itu, selepas berjaya memadam api dalam tempoh hampir 30 minit.

Hubungi Mohd. Zamadi Omar di talian whatsapp 012-4888695 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157250020736.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus