PHEE Boon Poh (paling kanan) bersama-sama mangsa, Mohd. Zamadi Omar (tiga dari kiri) dan dua lain di lokasi kejadian, malam tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SUNGAI DUA - Mohd. Zamadi Omar sekeluarga yang rumah mereka baru musnah dijilat api dalam satu kejadian dekat Alor Merah di sini malam tadi turut ditawarkan penempatan sementara selama enam bulan oleh Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.
Bagaimanapun, Mohd. Zamadi memberitahu bahawa keluarganya memilih untuk menumpang di rumah saudara terdekat di sini buat sementara waktu.
"Terima kasih kepada Exco yang turut datang dan menawarkan penempatan sementara untuk kami sekeluarga," ujar Mohd. Zamadi semasa ditemui malam tadi di tempat kejadian.
Menurut Mohd. Zamadi, kerugian kasar dianggarkan hampir RM150,000.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber tidak rasmi Bomba memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa litar pintas sebagai punca kebakaran tersebut.
Hubungi Mohd. Zamadi Omar di talian whatsapp 012-4888695 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157250020736.
No comments:
Post a Comment