Oleh kerana, mahasiswa tidak mempunyai jaringan politik yang lebih luas untuk mencapai satu-satu tujuan, maka, mereka lebih bergantung pada kreativiti untuk mencapai tujuan tersebut.
Maka, timbullah idea untuk bertanding dalam PRU12 - 8 Mac 2008 - dulu kerana mahasiswa tidak mempunyai jaringan yang luas untuk menasihat perdana menteri semasa itu supaya memansuhkan PTPTN dan AUKU.
Berbeza dengan orang politik, yang sedia maklum mempunyai jaringan politik yang lebih luas.
Maka, cukup mereka menyampaikan tujuan yang sama menerusi orang tengah, atau menelefon lalu memberitahu sendiri kepada perdana menteri berkenaan bahawa PTPTN dan AUKU lebih elok dimansuhkan.
Kebergantungan kepada jaringan politik, ertinya, kita tidak bergantung lagi kepada kreativiti.