24 February 2014

Peribadi Presiden PAS yang disaman, kenapa parti dipergunakan?

Baca dulu artikel di bawah.

Dahulu, selalu kita kritik Tun Dr. Mahathir Mohamamd, "lama sangat memerintah negara sampai tak tahu beza duit sendiri dan duit rakyat..."

Seorang pemimpin PAS dalam friend of Pakatan di Eropah baru emel saya. Beliau tanya soalan mengenai berita di Harakahdaily pagi ini.

Satu persoalan - yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?
Saya tak terkata apa.

Kalau tak baca lagi berita yang saya maksudkan, baca di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS akan memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secepat mungkin.

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.

"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepadaThe Malaysian Insider.

Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu.

Koperasi sedia mikro kredit banteras along – Nasorudin

NASORUDDIN Shah Mat menunjukkan kad rekod pinjam-meminjam mikro kredit KPATSBB semasa diwawancara di pejabatnya dekat Ropewalk Bagan di sini baru-baru ini.

ROPEWALK Bagan hampir sedekad lalu dikenali sebagai sarang pinjam-meminjam tanpa lesen atau 'along'.

Kalau pinjaman RM500 dengan tempoh bayaran 40 hari, penjaja di sini menerima tunai RM460 sahaja.

Peminjam diminta membayar RM18 sehari dengan kadar faedah RM6.25 pada setiap kali pembayaran dibuat.

Jika gagal membuat pembayaran, didenda RM10 sehari, selain, menerima ugutan daripada along.

Menyedari hakikat ini, beliau mengambil keputusan untuk mengubah gaya perniagaan para penjaja di sini, berbekalkan pengalaman sebagai pegawai audit di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Dalam wawancara bersama-sama fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB, Nasorudin Shah Mat, 44, berkongsi pengalaman memartabatkan kaum penjaja di pusat komersial tersebut.

"Kita dapat tahu apabila mereka datang fotostat kad pengenalan di pejabat untuk buat pinjaman RM500 daripada Along.

"Semasa itu, saya masih bekerja Kerajaan dan menjaja di sini sebagai kerja sampingan," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Nasorudin bermastautin di Bukit Tengah lebih 10 tahun, walaupun beliau anak jati Yan, Kedah.

Hampir semua koperasi yang wujud di Pulau Pinang, beliau pernah melakukan audit dalaman selama 14 tahun bergelar pegawai kerajaan di bawah Jabatan Koperasi Kebangsaan (kini dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM).

Tak hairanlah, dengan pengalaman itu, beliau sendiri sejak tahun 2007 menguruskan Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) dengan berkongsi cabaran bersama penjaja-penaja di Ropewalk Bagan.

Sistem pinjaman mikro kredit secara menyeluruh pula mula diperkenalkan pada tahun 2010.

Daripada lebih 200 anggota koperasi, kira-kira 90 membuat pinjaman mikro kredit ini.

"Saya sendiri berkongsi perasaan bahawa pinjam along ini akan mengongkong kehidupan penaja, apabila peniagaan penjaja terganggu seperti stok barang tiada, akhirnya Ropewalk Bagan ini sendiri akan tutup.

"Dari situ, timbul idea tubuh koperasi untuk dapat dana daripada TMP (Tabung Modal Pusingan) dengan pergi berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

"Atas hubungan baik kita dengan suruhanjaya, kita diminta sedia proposal supaya tadbir urus TMP ini boleh dilaksana secara cantik," ujar beliau.

Urus Mikro Kredit
Nasorudin berkata, KPATSBB mendapat geran RM50,000 sebagai pemulaan TMP.

Ujarnya, semua anggota koperasi dibenarkan pinjam maksimum RM1,000 dan mesti dibayar dalam tempoh 10 bulan,  dengan caj pengurusan RM10 sebulan.

"Kita dapati penjaja masih meminjam daripada along dengan 'bunga' (riba) yang tinggi berbanding daripada koperasi, antara sebabnya kerana mereka lebih suka pembayaran dibuat ikut hari (bukan bulanan).

"Apabila cukup bulan, penjaja ada masalah untuk membayar kepada kita. Saya terus menukar gaya pembayaran dari bulanan kepada harian serta-merta," jelas beliau.

Semasa itu, Nasorudin berkata, beliau berulang alik ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan penasihat syariah di kementerian.

"Mula, kita tetapkan RM1 caj pengurusan tiap-tiap hari. Selepas berbincang dengan penasihat syariah, ditetapkan 50 sen tiap-tapi hari untuk upah kerani yang tukang urus kutipan, urusan kira-kira dan kos pengurusan pejabat," ujar beliau.

Tanpa Riba
Nasorudin berkata, di Malaysia ada bank mengamalkan pinjaman yang mendekati sistem riba, dan sebaliknya.

Semasa dalam perjawatan, beliau mempunyai pengalaman melakukan audit dalaman bank koperasi sendiri, seperti Bank Persatuan.

"Riba, antara jenisnya ialah mengambil untung atas jumlah pinjaman.

Contoh, ambil untung dari 3 peratus atas pinjaman RM20,000 dengan 3 peratus atas pinjaman RM10,000 tidak sama jumlah kadar pembayaran baliknya walaupun kos pengurusan untuk kedua-dua pinjaman ini tetapi serupa.

"Walaupun ada pinjaman pendidikan tinggi mengatakan 1 hingga 3 peratus yang ditetapkan atas peratusan jumlah hutang ini sebagai qard al-hasan, saya menganggapnya untung atas pinjaman sebenarnya mendekati maksud riba," ujar beliau.

Tambah beliau, KPATSBB menawarkan pinjaman mikro kredit tanpa riba.

"Kalau pinjam RM1,000 dalam tempoh 20 minggu umpamanya, mereka perlu bayar RM1,000 juga atau RM50 setiap minggu beserta upah kerani yang kutip hutang 50 sen setiap kali kutipan.

"Kalau hutang itu dibayar dalam tempoh empat minggu sahaja, ertinya upah kutip keseluruhannya RM2 kerana qard al-hasan di sini benar-benar ditentukan oleh kos pengurusan, bukan riba yang dikadarkan pada peratus dari jumlah pinjaman," jelasnya.

Tambah beliau, kaedah pembayaran oleh peminjam turut menitikberatkan aspek budi bicara, seperti sebab kesusahan yang menimpa, kemalangan, cuti berniaga, musim perayaan dan sebagainya.

Cabaran
Nasorudin secara peribadi berkata, mengurus koperasi serta kebajikan penjaja di Ropewalk Bagan lebih mencabar, berbanding menjadi juru audit koperasi, dulu.

"Jadi pegawai mudah, audit dan arah. Jadi penggerak koperasi lebih rumit.

"Banyak kawan-kawan kata, saya seorang yang autokratik kerana ketegasan saya kepada penjaja-penjaja di sini.

"Dengan penjaja, khususnya yang tiada lesen, yang tak disiplin dalam bayar balik hutang mikro kredit, masalah 'mak nyah' di sini yang tidak mendapat respon pihak berkuasa, saya perlu ambil suara yang tegas untuk jaga mutu pengurusan di Ropewalk Bagan ini," tegas beliau.

Beliau turut mengaku pernah 'diusik' oleh along, tetapi banyak pihak menyokong usahanya untuk memperbaiki kaum penjaja di sini.

"Mana tak ada usiknya, pinjaman mikro kredit kita tanpa riba dan jauh lebih baik, along boleh cari makan kalau boleh buat lebih baik daripada apa yang Islam ajar (pinjaman tanpa riba)," seloroh Nasorudin lagi.

Baiki PTSR
Terlanjur berbicara mengenai pinjaman mikro kredit, Nasorudin turut diminta mengulas mengenai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Umumnya, beliau menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri menaikkan kadar pinjaman mikro kredit sehingga RM8,000 untuk satu permohonan.

"Hasrat PTSR memang baik, tetapi, mutu pelanggannya perlu diperbaiki.

"Penjaja pilih pinjam daripada along kerana mereka sukar pinjam daripada bank, banyak sebab, antaranya tiada penyata kewanganatau tiada akaun bank.

"PTSR atau KPATSBB diwujudkan pun untuk menangani masalah along. Tapi, sekiranya projek pemohon sukar, lambat diproses, syarat yang regid, akhirnya penjaja-penjaja ini akan pergi bertemu along juga.

"Seperkara lagi, penjaja memohon pinjaman mikro kredit ini kerana untuk melancarkan perniagaan mereka agar mereka tidak dibelenggu hutang-hutang lain, kalau pinjaman lulus lewat, akhirnya duit mikro kredit ini akan digunakan dulu untuk bayar sewa beli kereta dan lain-lain disebabkan perniagaan mereka tidak mendatangkan pulangan mengikut jadual," ujar Nasorudin lagi.

Nasorudin berkata, beliau sedia bekerjasama dengan semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri demi kebajikan penjaja kecil di negeri ini.

Harapan
Nasorudin tersenyum.

"Saya selalu bercakap kepada anggota koperasi saya bahawa, tidak mustahil KPATSBB akan menjadi sebuah bank koperasi suatu hari nanti.

"Dahulu pun Bank Rakyat dan Bank Persatuan umpamanya pernah menempuhi pengalaman serupa dengan KPATSBB (menawarkan pinjaman mikro kredit secara kecil-kecilan).

"Kita (KPATSBB), in sha Allah sedang menuju ke arah itu (usaha menubuhkan bank koperasi) dengan pengalaman mula menguruskan mikro kredit yang kecil ini," ujarnya.
Seperkara lagi, Nasorudin berkata, KPATSBB berharap Kerajaan Negeri dapat menaik taraf kemudahan keselamatan, seperti pemasangan sistem kamera televisyen tertutup (CCTV) di Ropewalk Bagan, yang sering dikunjungi golongan 'mak nyah' saban malam.

"Alhamdulillah, isu CCTV ini saya sampaikan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menyambut baik cadangan kita baru-baru ini.

"Semua kejayaan mula dengan pelaksanaan cita-cita. KPATSBB sedang melaksanakan cita-cita permulaannya, iaitu sedia sistem pinjaman mikro kredit untuk banteras along," ujar Nasorudin.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus