13 September 2012

Surat cinta untuk Hajjar....

Terima kasih atas cakna dan doa.

Obama: Hina Rasulullah punca Duta AS dibunuh

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi semalam, kata Presiden Barack Obama hari ini.

"Saya dengan keras mengutuk serangan melampau ke atas kemudahan diplomatik di Benghazi, yang meragut empat nyawa rakyat Amerika termasuk Duta Chris (Christopher) Stevens," katanya dipetik dari sewang Sinar Harian.

Obama dalam satu kenyataan.Tiga yang lain merupakan kakitangan keselamatan AS, kata seorang pekerja kontraktor di misi tersebut, lapor CNN.

Serangan ke atas pejabat konsul itu diadakan sebagai protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.Sebelum ini, Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.

Selain di Libya, protes juga diadakan di Kedutaan AS di Kaherah.

Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom. 

'Syura mendekati ijmak' boleh bangkang pendirian peribadi Hadi pertahan Nasha

Sabda Rasulullah s.a.w:
Lau ijtama'tuma 'la misywarati ma khalaftukuma (riwayat Imam Ahmad)

Maksud:
"Kalau kamu bersepakat dalam satu perbincangan, aku tidak akan memerang pendapat kamu berdua (Abu Bakar a-Siddiq dan Umar al-Khattab)"

Syarah Dr Yusuf Al-Qardhawi:
"Ini bermakna dua suara adalah lebih kuat untuk dipilih daripada satu suara walaupun saari ditawar itu Adalah pendapat Rasulullah s.a.w selagi utas bukan sabda Rasulullah s.a.w berkaitan perundangan dan penyampaian (wahyu) daripada Allah.

"Rasulullah s.a.w juga telah mengikut pendapat majoriti dalam peperangan Uhud. Baginda s.a.w keluar bertempur dengan musyrikin di luar Madinah walaupun pendapatnya dan para Sahabat yang besar adalah Adalah pertahan di dalam Madinah dan bertempur di jalan-jalannya (dalam Madinah)." (Min Fiqhi ad-Daulati fi Al-Islami, 232)

Bagi Faqar, isyarat Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan Nasruddin Mat Isa sebagai ahli syura Pas merupakan pendapat peribadinya yang boleh dipertikai secara musyawarah yang sebenarnya lebih mendekati ijmak.

Lihat laporan di bawah sensasi rujukan.

Presiden PAS: Nasha kekal dalam majlis syura(Malaysiakini 9/9/12):

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

"(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.

Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini.

Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya.Mengulas lanjut mengenai senarai calon itu, Abdul Hadi berkata ada kawasan PAS tertentu yang menyenaraikan sehingga empat calon bagi kawasan berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu membincangkan bahawa PAS perlu meletakkan calon yang berwibawa dari sudut Islam dalam pilihan raya itu.

"Majlis Syura meluluskan semua nama-nama yang dicalonkan walaupun ada satu parlimen atau satu DUN untuk seorang sahaja (untuk bertanding).

"Terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharudin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi dan juga seorang naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, namun enggan memberi sebarang ulasan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat beredar daripada pejabat agung PAS kira-kira jam 9.20 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Nasharudin mencetus kontroversi sebelum ini ekoran kenyataannya yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus