19 October 2013

AGM Batu Kawan tanpa Notis 14 hari dipersoal

MOHD. Noor Harun (depan, paling kiri, berbaju & berkopiah putih) dalam satu demontrasi bersama-sama Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) dan 'Azmi Bagan' (Ketua Penerangan PAS Bagan) dalam satu demontrasi di Pulau Pinang.

MESYUARAT agung tahunan (AGM) PAS Kawasan Batu Kawan malam tadi diadakan tanpa notis 14 hari panggilan mesyuarat sebagaimana dituntut dalam perlembagaan parti.  

Fasal 18 (2)(2) Perlembagaan PAS menyebut, "Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan..."  

Pengerusi Tetap PAS Kawasan, Mohd. Kamal Abdullah sendiri dikesan enggan hadir ke mesyuarat tersebut atas hujjah tidak mendapat notis berwajib itu.

Bahkan, semua perwakilan yang diangkat peringkat cawangan turut dikesan tidak mendapat notis berwajib tersebut.

Ekoran Pengerusi Tetap PAS Kawasan enggan hadir ke mesyuarat tersebut mengakibatkan timbul persoalan lain, antaranya siapakah yang mengendali mesyuarat misteri itu. 

Ini kerana, Fasal 18(5) antara lain menyebut, "Pengerusi mesyuarat agung itu adalah Pengerusi Tetap..."

Difahamkan, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd. Noor Harun (0164175770) sendiri menganjurkan AGM tersebut tanpa merujuk perlembagaan parti, manaka Pesuruhjayanya Datuk Mohd. Salleh Man (0124720295) dijadualkan sebagai perasmi.

Fasal 18(1) Perlembagaan PAS menyebut, "Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu..."

Pelanggaran Perlembagaan PAS ini adakah mengakibatkan Batu Kawan diarahkan mengadakan semula AGM Kawasan kelak?

Persoalan ini ekoran pada insiden Batu sebelum ini yang diarahkan mengadakan semula AGM Kawasan pada 6 Oktober depan gara-gara didakwa tidak mengikut tuntutan perlembagaan parti.

Dua kumpulan dari Cawangan Taman Datuk Senu masing-masing dihalang masuk ke AGM Kawasan kerana datang dari cawangan yang sama, sebelum status AGM itu dipertikai.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus