Skip to main content

Posts

Showing posts from July 23, 2014

Syor Presiden PKR MB S'ngor disetujui PAS, DAP

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT23 Julai 2014Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.
Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILANMohamad Sabu
Timbalan Presiden PASLim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

KN beri peruntukan agama Islam ikut keperluan, jelas Abdul Malik

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim menjelaskan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini meluluskan peruntukan agama Islam berdasarkan keperluan umat.

Malah, kata Abdul Malik lagi, pihaknya turut meluluskan beberapa peruntukan tambahan yang dimohon oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang sendiri, sebelum ini.

Peruntukan yang dimaksudkan adalah program Cerapan Gerhana 'Matahari Cincin' pada tahun 2009 di Shenzhen, China dan di Holhule, Maldives pada bulan Januari 2010 yang masing-masing menelan belanja RM12,000 dan RM35,000.

Satu lagi peruntukan adalah program Cerapan Matahari Penuh di Caine, Australia pada bulan November 2012 yang menelan belanja RM49,000.

"Saya amat terkejut dan kesal apabila membaca kenyataan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed yang menggambarkan Islam terancam di Pulau Pinang, kononnya kerana pemimpin bukan Islampun menuntut hak yang…

Nilai sendiri 'fitnah' bekas Ketua Hakim Negara, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN JERMAL - Dakwaan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed kononnya Islam kian terancam di bawah Kerajaan Negeri kini, lebih elok dinilai sendiri oleh rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng memberi respons secara tidak langsung itu dalam Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama komuniti Parlimen Bagan,  pada malam tadi.

"Fitnah pihak tertentu pula baru-baru ini bahawa keadaan agama Islam di Pulau Pinang lagi sudah terancam bermasalah (berbanding) sebelum tahun 2008 (iaitu, semasa era Barisan Nasional memerintah Kerajaan Negeri).

"Saya berasa tuan puan pun tahu, boleh lihat dan nilai dengan mata sendiri dan hati sendiri, sama ada itu (kenyataan Abdul Hamid) itu benar atau tidak," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di perkarangan Masjid Jamek Kubang Buaya Kampung Gajah di sini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Lim Hock Seng (ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan da…