Skip to main content

Posts

Showing posts from May 19, 2015

Lebih mudah berjaya jika mohon rumah mampu milik - Jagdeep

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Seorang Melayu dan 32 Cina berkenaan sebenarnya adalah mereka yang berjaya mendapat surat tawaran daripada Kerajaan Negeri sahaja, untuk membeli rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di Projek i-Condo @ One Foresta dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri setakat kini baru menerima dan memproses 238 permohonan sahaja, sungguhpun bilangan rumah mampu milik berharga RM300,000 dalam projek tersebut keseluruhannya berjumlah 2,685 unit.
"Kelulusan permohonan dilakukan secara berkala, dan 33 ini adalah senarai penerima pertama yang diluluskan oleh Jawatankuasa (Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan, SPEC).
"Masih ada banyak lagi unit untuk ditawarkan kepada semua kaum, (maka) saya sarankan Bumiputera yang layak supaya mohon sekarang (rumah mampu milik) kerana senarai m…

MPSP mula serah waran tangkap kepada pemilik tegar - Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sejak 9 April lepas melancarkan operasi serahan waran kepada pemilik premis yang masih belum menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
Yang di-Pertuanya, Dato' Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, tindakan perundangan ini termasuk membawa lima kes pemilik tegar ke Mahkamah, dengan nilai tunggakan cukai sebanyak RM13.58 juta.
"Pemilik premis dinasihatkan agar menjelaslan tunggakkan dengan segera bagi mengelak pemilik premis dikenakan waran tahanan dan sitaan harta oleh MPSP," jelas Maimunah kepada wartawan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, kutipan cukai pintu pada tahun ini meningkat sebanyak 90 peratus menjadi RM38.54 juta melalui Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Kutipan Cukai 2015, berbanding RM20.28 juta yang dipungut pada tahun sebelumnya.
Tambah beliau, jumlah tunggakan te…