19 May 2015

MPSP mula serah waran tangkap kepada pemilik tegar - Maimunah

MAIMUNAH mempamerkan borang Soal Selidik Bajet 2016 secara 'hard copy' yang dicetak dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, pada sidang media di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sejak 9 April lepas melancarkan operasi serahan waran kepada pemilik premis yang masih belum menjelaskan tunggakan cukai taksiran.

Yang di-Pertuanya, Dato' Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, tindakan perundangan ini termasuk membawa lima kes pemilik tegar ke Mahkamah, dengan nilai tunggakan cukai sebanyak RM13.58 juta.

"Pemilik premis dinasihatkan agar menjelaslan tunggakkan dengan segera bagi mengelak pemilik premis dikenakan waran tahanan dan sitaan harta oleh MPSP," jelas Maimunah kepada wartawan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kutipan cukai pintu pada tahun ini meningkat sebanyak 90 peratus menjadi RM38.54 juta melalui Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Kutipan Cukai 2015, berbanding RM20.28 juta yang dipungut pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, jumlah tunggakan terkumpul cukai taksiran MPSP bagi tahun 2009 pula direkodkan sebanyak RM45.92 juta, dan menurun ke RM42.62 juta (2010), RM34.32 juta (2009), RM27.43 juta dan RM21.85 juta (2013).

“Tindakan (serahan waran tahanan) ini dilihat perlu bagi memberi kesedaran kepada pembayar cukai taksiran (supaya) bertanggungjawab menjelas cukai taksiran pada setiap tahun dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” jelas Maimunah.

Justeru, katanya, pelanggan MPSP boleh menghubungi talian 04-5497790/470/471 untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Pada perkembangan lain, Maimunah turut mengalu-alukan seluruh warga Seberang Perai untuk mengambil bahagian dalam Soal Selidik Bajet 2016 secara online dengan melayari website MPSP, www.mpsp.gov.my mulai 29 April 2015 hingga 31 Mei 2015.

"Semua maklum balas yang diperolehi akan dianalisa dan dimasukkan dalam persediaan Bajet MPSP 2016," katanya, sambil memberitahu bahawa borang soal selidik 'hard copy' boleh diperoleh daripada Ahli Majlis dari kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus