Skip to main content

Posts

Showing posts from April 8, 2013

Karpal hubungi Anwar tanya status Ravin di Batu Uban?

Status Ravintheran yang masih tidak pasti kekal bertanding di DUN Batu Uban sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mencuri perhatian Karpal Singh beberapa malam lepas.Ekoran itu, Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebanggaan merangkap pemangku Ahli Parlimen Gelugor didedah menghubungi Anwar sejurus selesai ceramah politik sepentas dengan Ravintheran.Cakap-cakap politik di Pulau Pinang menyebut, Dr Jayabalan  dipinang grup tertentu PKR bagi mengekang Ravintheran dari mempertahan mandat di DUN tersebut.Apakah yang diperkata Karpal semasa menghubungi Anwar?Mampukah Ravintheran diketepikan oleh grup PKR dengan memperjudi Dr Jayabalan sekarang?

KMPP: Jangan PRU13 semarak nostalgia 13 Mei

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berharap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka Mei depan tidak menyemarak nostalgia sandiwara berdarah 13 Mei 1969.Pengerusinya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menetapkan tarikh penamaan calon serta tarikh membuang undi lebih awal, iaitu pada hujung bulan ini."Sebarang percubaan bagi menakut-nakutkan pengundi dari sudut keselamtan dan ketenteraman awam tidak digalakkan."SPR masih mempunyai masa yang munasabah bagi melunaskan tanggungjawap mereka dan seterusnya melaksanakan perhitungan bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat dalam bulan April ini," ujar Rahmad menerusi emel kelmarin.Dijangka, tarikh penamaan calon pada 27 April jika SPR bermesyuarat pada Rabu ini.Ini kerana, writ pilihan raya dibenarkan keluar selepas 14 hari dari tarikh SPR bermesyuarat.Jika peraturan pilihan raya itu diambil kira, hari buang undi dijangka pada 11 Mei depan.Ini mengulangi tarikh buang undi bagi Pi…

'Aku Janji' BN tiada roh politik selagi Najib elak debat terbuka :Anwar Ibrahim

AKU JANJi yang dibentangkan oleh pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin dianggap manifesto Barisan Nasional yang tiada roh politik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai 'perdana menteri dalam penantian' bagaimanapun berkata, tindakan Najib menciplak beberapa inti manifesto Pakatan Rakyat yang sebelum ini digambarkan bakal mengbankrapkan negara.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Najib Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat," ujar Anwar hari ini di Kuala Lumpur.
Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, Najib seharus…

Bloomberg lapor 'Aku Janji' Najib ciplak Manifesto Anwar

BLOOMBERG turut menyifatkan 'Aku Janji' Barisan Nasional yang dikemukakan pemangku perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menciplah manifesto Pakatan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pemangku Ketua Pembangkang)

Media antarabangsa itu melaporkan, Anwar yang disebut-sebut sebagai calon perdana menteri mengumumkan nekad memerangi rasuah, mengurangkan kos sara hidup serta membina lebuh raya di Sabah-Sarawak dalam manifesto pembangkang sejak enam bulan lepas, sebelum diciplak oleh Najib kelmarin, sejurus Parlimen dibubarkan 3 April lepas.

"Mereka mempunyai kelebihan masa untuk untuk mengkaji manifesto kami (Pakatan Rakyat) sejak beberapa bulan lepas dan menggabungkan beberapa elemen.

"Tidak seperti kami (Pakatan Rakyat), langsung tiada apa-apa mengenai reformasi sistem pilihan raya. Itulah sesuatu yang ramai orang bimbangkan," respons Ong Kian Ming, seorang penganalisis politik di Universiti UCSI Kuala Lumpur merangkap strategis pilihan ra…

Chang Yeow fitnah sebab BN jual tanah sekaki RM1 :Guan Eng

PENGERUSi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow didakwa melakukan fitnah terhadap Kerajaan Negeri gara-gara mendakwa 110 ekar tanah tebus guna Tanjong Tokong tidak pernah wujud di negeri berkenaan.

Pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, fitnah itu sengaja dilakukan demi menghalang hasrat Kerajaan Negeri sekarang mahu membina empat lebuh raya serta terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 bilion sebagai langkah mengurangkan kesesakan trafik di George Town menjelang tahun 2020 nanti.

Sekiranya 110 ekar tanah tebus guna itu benar-benar tidak pernah wujud, Guan Eng mempersoal mengenai kewujudan satu dokumen perjanjian ditandatangan pada tahun 1999 yang mendedahkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dulu pernah meluluskan penambakan 940 ekar tanah di Tanjong Pinang kepada pemaju dengan harga serendah RM1 sekaki persegi.

"Bagaimana dia (Chang Yeow) boleh berbohong dan fitnah (sedangkan) perjanjian itu dilakukan pada semasa zaman Barisan Nasional masih meng…

Masalah BN Perlis punca Istana panggil Juanda mengadap Zohor tadi?

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diperkenan mengadap Raja Perlis sejurus selepas Zohor tadi menggamit pelbagai tanda tanya.Sumber istana memberitahu, kesemua pemangku Exco Kerajaan Umno Negeri tidak pula dipanggil mengadap."Kalau wakil BN tak ada, maknanya Raja Perlis tak panggil laatuu. Mungkin ada benda yang Raja beritahu Dr Juanda pasal BN Perlis," ujar sumber menerusi WhatsApp sebentar tadi.Tambah sumber, langkah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan Juanda sebagai calon PKR kelmarin mungkin demi memberi laluan kepada mufti muda itu ke Istana hari ini."Orang Istana pun ikut perkembangan politik di Perlis walaupun kami tidak sokong mana-mana pihak (parti)," ujar sumber lagi.Apakah khabar Juanda bertanding atas kerusi PKR sebelum ini punca mufti itu dijemput ke Istana selepas Zohor tadi?

Pas tawan Tasek Gelugor jika 3 Umno bercakaran :'Cikgu'

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yackop hampir pasti tidak akan dicalon lagi di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.Sumber dalaman Umno memberitahu, Shabudin Yahaya menuntut kerusi Parlimen itu atas kelayakan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor."Budin (Shabudin) tak patut tuntut kerusi itu kerana dia menang (Ketua Bahagian) pun sebab 'duit' Tan Sri (Nor Mohamed)," ujar seorang pemuda bahagian yang mahu digelar 'cikgu' menerusi telefon petang tadi.Sumber berkata, Shabudin sepatutnya memberi laluan kepada veteran Umno Tasek Gelugor, Datuk Mohd Shariff Omar ke kerusi parlimen itu."Tok Shariff lebih berpengaruh, dia kalah di peringkat bahagian sebab Tan Sri tabur duit, bulan sebab Sabudin ada tokoh."Penyokong Tok Shariff dan Tan Sri (Nor Mohamad) tak akan duduk diam jika Sabudin tanding Parlimen sebab kedua-dua macam kedua-dua tokoh itu macam ditikam dari belakang," ujar sumber.Dalam perkembangan lain, Pas yang di…

'Melayu DAP' mampu selamatkan PR tubuh Kerajaan P.Pinang :KMPP

DAP Pulau Pinang perlukan Melayu yang vokal lagi berkaliber untuk bertanding atas mana-mana 19 kerusi tradisinya sekiranya tidak mahu hilang Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata, Umno sedang berusaha untuk memastikan tiada satu pun calon Melayu Pakatan Rakyat menang di kerusi DUN demi menghalang DAP menubuhkan sekali lagi kerajaan negeri kelak."Ini senjata sulit Umno, iaitu pastikan tiada satu pun (calon Pakatan Rakyat) Melayu memang, termasuk di Penanti, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung.."DAP sukar tubuh semula Kerajaan Negeri kalau kesemua (19 calon) Adun yang menang bukan Melayu, melainkan kalau satu atau dua Melayu menang atas tiket DAP," ujar Rahmad di Komtar, George Town petang tadi.Kerusi Adun Penanti, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung masing-masing disandang olah Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua MAINPP),…

Manifesto BN serlahkan Najib mengemis undi rakyat :KMPP

Aku Janji yang diumum oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mencerminkan Barisan Nasional mengemis undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata, macam-macam janji politik dimuat dalam manifesto Barisan Nasional kerana pentadbiran Najib sekarang tiada integriti untuk meyakinkan sokongan rakyat.Justeru katanya, maruah rakyat cuba dibeli dengan wang ringgit seperti Aku Janji Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) RM1,200 secara beransur-ansur jika BN kekal memerintah Putrajaya kelak."Aku Janji BN ini adalah lebih menjurus pada merasuah maruah pengundi dan pihak kami (KMPP) amat yakin rakyat secara majoritinya tidak bodoh dalam menilai situasi berkenaan."Mereka (Barisan Nasional) terpaksa mengemis undi rakyat kerana mereka tiada apa-apa rekod integriti untuk meyakinkan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini," ujar Rahmad di Komtar, George Town petang tadi.Dari segi lain, Rahmad berkata, Aku Janji yang d…